Saturday, August 23, 2014

Jaulah Sabah 2014 - Bajet trip ke kota Kinabalu



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum ...

Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad sallAllahualaihiwassalam ..


Kembali menaip kat sini hanya untuk bacaan peribadi , suatu hari nanti . hehe 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat yang masih Allah bagi pada diri ini.. 

Sebenarnya post ni hanya untuk kenangan aku dan sahabat2 yang bakal throwback our trip ke kota kinabalu . kalau aku x rasa nak private blog ni .. maknanya mungkin boleh membantu anda2 diluar yang tengah study2 pasal bajet trip ke kota kinabalu ni . hehe .. 

sebenarnya kisah trip@jaulah sabah kali ni bermula bila seorg sahabat kami @arif  yang tah apa kena free sangat .. sibuk pegi survey2 flight ticket ke K.K since seorang sahabat kitrg kan memang berasal dari sabah . kira nak melawat sekali la ni..

Arif called aku memalam , pukul 8 macam tu . bgtau airasia ada buat promo . ticket from KUL to BKI (kota kinabalu) pergi dan balik RM70 je .. whatttt RM70 !!! gila taknak pergi hehe .. time tu ada la balance duit Yayasan Bank Rakyat sikit2. aku pun dengan sifat clumsy semula jadi aku terus on laptop .. web AirAsia time tu mmg macam tak bape efficient la .. slowwwwwww sangat . memang gelabah la .. sebelah tangan call sahabat2 sape yang nak join . sebelah tangan lagi duk godek2 web AirAsia . dah lah time tu dah janji ngan farah n erra nak pegi dinner . Yang cepat bg respon cume arif ,ika n asyhraf . So , sempat la aku belikan tket untuk kami berempat .  Esoknya tak silap aku , barulah bote and abe setuju nak gi jugak . aku belikan tiket diorg guna hp je time .. sambil drive .. gila tak? sebab AirAsia ni bukan boleh caye sangat . kita lambat beli sikit mesti harga dia dah naik . cam kami pgi Langkawi dulu . awalnya flight kitrg ngan abe n bote x same . tapi tah kenapa airasia call aku bgtau kitrg tukar flight which is same flight dengan abe n bote .. yeahh berita gembiraa utk kami . hehe ..


Selepas 10 bulan ..tiba la tarikh yang dinanti2 kan .. 13 august 2014 . Sebelum nak sampai tarikh ni pun banyak juga dugaan melanda .. mula dengan salah daftar nama bote , tak salah sangat cume aku terrrtambah Muhammad kat nama ayah dia .. supposed muhammad safwan bin salleh je . aku pun semangat kan beli tiket sambil drive .. gitu laa .. soooo, if benda ni terjadi kat korang , tak boleh bior saje . kena tukar . kena email dekat airasia passport or ic passenger yang salah nama tu . nasib baik semuanya ok balik . fuhhh .. kalau tak naye nak ganti tiket org . hehe 

ujian seterusnya , bayu kata dia mungkin tak dapat join sebab dia ada appointment dengan doktor dalam minggu jaulah kitrg tu . BAYU TU WATAK UTAMA KOTT !! dia lah kawan kitrg yang dekat sabah tu . haih .. tapi kami kena la redha . nak buat macam mana , appointment tu penting katanya  .  few days before fly , aku pulak diuji , Abah kena heart attack, his first attack and warded for 5days , which the fifth day is selasa , a day before we suppose to fly.  sebagai anak , takkan aku sanggup nak tinggal kan abah dekat ward untuk aku pergi bercuti dengan kawan2 dekat sabah kan . so aku mmg redha kalau aku kena cancel kan percutian aku , aku dah bincang dengan ika, sbb if aku tak pergi , ika pun mungkin tak boleh pegi .sbb kami berdua je perempuan dalam jaulah kali ni . Ika as my bestfriend semestinya memahami keadaan aku masa tu . Alhamdulillah selasa tu abah dah boleh admit dr ward . and condition abah pun stable, abah pun kata aku boleh pegi sebab abah ok , dalam berat hati aku pegi jugak sbb tgk keadaan abah about 90% ok. and abah juga yang hantar aku, ika and asyhraf ke airport tp dengan seorang abg aku yang lain la .. abah aku temankan je . 

Pagi ni, bertambah lagi ujian .. kami sampai 10.40 pagi , flight kami 12.45 tghhari . smpai2 je KLIA2 , terus kami berkumpul dengan abe, bote and arif yang dah sampai awal sikit dr kami. cehceh . time ni happy lagi . jumpa sahabat yang dah lama x jumpa macam bote and abe . Abe baru sampai dari kelantan pagi tu , dengan airasia jugak .. kira abe ni paling awal la sampai kat KLIA2 , pukul 8.00 pagi .  sebelum kami sampai airport kami siap2 web check in dekat rumah n print boarding pass sebab kiosk self check in dekat KLIA2 masih BELUM BERFUNGSI ! kitrg pun terus la checkin baggage.  Time ni Asyhraf cakap dia tak breakfast lagi , kami pun decide la yang nk check in baggage pegi check-in yg lain pegi tunggu kt mana2 restaurant . tetibaa Asyhraf buat panic . dia selongkar2 bag dia , bag camera semua.. hah!! wallet dia tertinggal dalam kereta , and kereta dia ada dekat rumah aku . and kunci kereta dia pegang . kitrg cam panic ahh kan . kalau kunci tinggal kat rumah aku , boleh gak suh abang aku hantarkan .. pastu aku call mak , suh checkkan dari tingkap kereta asyhraf, betul tak , ada wallet . ke cicir kat mana2.. mak aku confirm kan mmg ada . arif call adik dia , ammar untuk ambik asyhraf and arif untuk pegi amik wallet tu kat rumah aku , kat banting .nasib baik  banting tu dekat je . about 30 minutes . sementara tu aku pegi check in bag . 

sementara nk tunggu diorg kami pegi papparich utk duduk tunggu je . sbb kitrg dah breakfast kat rumah . tapi tak sedap lak duduk tak order pape . so, macam biasa lah pompuan la yang akan sacrifice duit pegi beli makanan kan .. lagipun bote puasa . sebab semangat nak rasa sahur lambat buka awal . hehe kat sabah kan maghrib pukul 6.40 pm .. semangat tau .. so aku dgn ika je la beli set breakfast , pagi tu je dah abes RM31.50 .. cam nyesal je . haha.. sambil tunggu kami main cakcak ngan anak orang thailand sebelah table kami tu . comel habes kot . confident je kami . tetiba pukul 11.55 am dengar ada announcement flight kitrg tukar gate k22 ke k20 . kami pun .. "ooouhh tukar gate je " sambil tu call jugak asyhraf tanya diorg dah sampai mana . asyhraf baru sampai banting time tu . nk gerak ke KLIA2 balik . pastu lengah2 kitrg pegi ke gate departure yang ada kastam tu . tetiba macam nervous bila announcement dah banyak kali panggil tapi asyhraf ngan arif tak sampai lagi . ammar dah bawak laju gila time tu , bak kata asyhraf la .. kami decide utk tinggalkan boarding pass pada pegawai kastam tu . mula2 dia taknak tapi aku merayu dia nak jugak . pastu kami nak masuk , abe dah lepas tetiba boarding pass bote ada problem . itu boarding pass dari k.k ke kl . yaAllah aku rasa darah menyimbah ke muka ,, panic . sbb aku yang bertanggungjawab buat semua tu . aku terus cam nak nangis ckp kat kastam tu . macam mana ni encik ? dia suh pgi counter customer servis .kat counter tu ramai pulak yang beratur . sambil kat telinga aku da dengar "PANGGILAN TERAKHIR PENUMPANG2 AK5112 KE KOTA KINABALU"  aku dengan clumsy nya merayu dekat org depan tu , " encik boleh tak bagi saya dulu . flight saya nak gerak dah ni "  orang tu cam taknak . dia kata " flight saya pukul 1.40 ni . " sambil nak nangis aku cakap . " flight saya dah nak gerak dahhh !! " orang tu pun bagi . aku cakap kat staff airasia ..tp puas merayu staff tu taknak bantu . dia cakap kena beli tiket baru yang mahal . pastu dia marah aku . " yang awak ni apesal tak masuk2 flight lagi " aku cakap aku tolong kawan aku . sebab bote ni jenis yang supercool punya orang . apa pun yang berlaku dia cool je . aku yang gelabah nak nangis . bila dah tau tak boleh buat apa2. aku pergi kat bote sambil nak nangis .dia relaks je cakap ,"takpelah",, heyy takkan takpe , dia dtg dari perak , datang awal sehari kot . takkan nak balik perak cam tu je . kitorang dah lah student yang tengah cuti sem . mana ada banyak duit . bawak duit nak jalan je sikit2 . pastu aku cakap " takpe2 , ko jangan risau, macam mana pun aku akan belikan tiket ko ,,tapi ko tunggu tau " dengan muka tahap paling risau aku penah buat . dia kata ok je ., aku lari masuk gate kastam , check barang pastu teruskan lari . dekat KLIA2 ni pulak . nauzubillah . turun je dr check up kastam tu ada tangga. tangga tau bukan escalator . aku pun turun dengan berlari2 .. time ni aku sorang .ika dengan abe dah lari masuk awal2.. taktahu macammana abe boleh lepas . masa kat tangga tu .. tengah lari2 aku jatuh 3-4 anak tangga.. yaAllah , tuhan je tau sakitnya .. tapi aku kena teruskan perjalanan sbb takde sape nak layan sakit aku tu . gate J ke kiri, K ke kanan . so aku terus pegi K .. ya ALLAH . kena mendaki pulak . aku dahlah dah berapa tahun tak berlari macam merentas desa , dalam keadaan baru lepas jatuh . dengan saiz badan aku yang boleh tahan debabnya . aku berlari tak pandang kiri kanan .. Jauhnya gate K22 tu . gate paling last . xde org yang aku nampak sepanjang laluan aku selain 2 orang bangladeshi yang tegur aku .."KOTA KINABALU ? " aku angguk dia cakap " LARI2!! " dalam hati aku memang dah geram dengan orang ni . dahlah aku semput berlari suruh aku berlari lg.. aku tak peduli teruskan lagi larian aku yang semakin lemah . time tu abe call . dah tak mampu nak cakap . aku semput gila time tu .. lari lagi nampak kelibat abe ngan ika . aku jerit "IKAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" macam nak nangis dah . tapi tak sempat bual aku jerit kat abe " KO TAK BOLEH NAIK FLIGHT , CARI BOTE ! NANTI AKU BELI TIKET KO YG LAIN " aku terus lari dengan ika . akhirnya jumpa gate K22 dengan 2 orang stewardess , aku dalam semput cakap kat stewardess tu. "kawan saya ada lagi 2 orang ..tgh lari ,tunggu sekejap ye " padahal aku tak tahu pun asyhraf kat mana .. stewardess tu kata dia bagi 1 minit je . aku masuk flight cakap lagi dengan ketua pramugara . kali ni pramugara tu ok . dia kata dia tunggu lagi 10 minit .  aku mcam nak pengsan duduk dekat seat . dalam 3 4 minit nampak bayang arif kemudian asyhraf .. legaaaa.. kami terus mengadu semua cerita pada asyhraf. sementara nak tunggu flight tu berjalan ke runwayy aku try beli tiket baru . tiket airasia mahal dah time tu 5ratus lebih rasanya . kalau dua orang dah seribu . pastu terus aku cakap kat arid, asyhraf n ika  .. kita share duit beli tiket baru untuk diorg boleh ? ddiorg setuju . tapi tak sempat beli sbb dah kena off hp . 

2jam lebih perjalanan akhirnya kami selamat landed di negeri di bawah bayu , sabah. sampai dekat airport terus kami transfer duit dekat abe and suruh diorg pergi KLIA naik KLIA ekspress beli tiket MAS , murah sikit dr AirAsia tadi . seorang RM385 . tapi flight diorg pukul 10.10 malam . bermakna abe akan tambah masa menunggu di airport dari 8 pagi ke 10.10 malam . bote pulak terpaksa berbuka puasa dengan waktu semenanjung jugak.. tergelak pulak fikir balik.  tapi nasib baik diorg okay . erkkk OK betul2 ke tak tak tahu lah .. hehe .

Serious macam drama .Alhamdulillah .. sahabat2 aku tak marah sebab salah mereka jugak sebab tak check . aku pun kabut sangat sbb sehari sebelum fly baru aku confirm nk pegi dan pagi tu baru check in dengan kelam kabut .  


Sebelum : Happy je .. siap membahan kami lagi .


Selepas ditinggalkan : HAHAHA
pengajaran : 

#sila check in awal dan check balik boarding pas 
#datang awal dan terus masuk flight bila gate dah open . sbb terminal KLIA2 sangat2 besar dan jauh jaraknya .



to be continue..

Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Sunday, December 1, 2013

Menjengah

Bismillahirrahmanirrahim ..

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam dan selawat serta salam buat nabi Muhammad.

agak lama tak menulis kat blog ni. hampir terlupa cara penulisan aku kat blog ni , rasanya pembaca2 blog ni pun dah lari sebab dah terlalu lama tak berupdate haha.. petang ini tengah menyiapkan assignment business strategy and policy. terasa kepayahan yang amat sangat bila kita buat kerja tanpa jiwa. bila weekend menjelma memang mood belajar hilang hampir 90%. sungguh tidak bagus ye perangai aku bila masuk degree ni , hehe yang ni sila jangan ikut .

tak perlu lah rasanya nak cover balik  semua cerita beberapa bulan selama aku tak update blog ni . haha.. alhamdulillah sekarang aku tengah berusaha menghabiskan degree aku dalam bidang bisnes transport dekat uitm . aku tak tahu nak kata adakah aku happy amik kos ni untuk degree, tapi aku sangat yakin , Allah pilih aku untuk berada ditempat aku sekarang mesti dengan sebab musabab yang terbaik. So aku go through je lah .. asalkan aku boleh bawak and ada segelintir sahabat2 sudah mencukupi . tak terasa nak jadi student aktif macam waktu diploma dulu . haha tapi itu kata aku sekarang la .. hehe , mungkin semangat aku menjauh sejauh sahabat2 bangi ku bertebaran , ecehh .. mereka masih ada dan alhamdulilah kami masih berhubung baik cumanya mereka takde disisi .. ralat sikit pada mulanya .. hehe

harini satu disember .. maknanya harini ulangtahun sahabat sekolah menengah aku , lisa.. alhamdulillah aku masih ingat lagi sebab hari ini dah 13 tahun kami meraikannya bersama eventhough tak berjumpa tp rasanya 13 tahun ini tak missed lagi dengan ucapan dan doa untuk dia .. semoga lisa sentiasa dibawah rahmat Allah dan menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dengan lebih baik dari hari ke hari . hehe .


okaylah berjumpa lagi di next post .. kalau ada . hehe .

Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Wednesday, June 19, 2013

kehidupan pasca diploma

Bismillahirrahmannirrahim

Selawat dan salah buat junjungan besar nabi Muhammad sallAllahualaihiwassalam ..

Dalam tak sedar kita dah dalam bulan syaaban . Cepatnya waktu berlalu kan .. lepas balik dari umrah kehidupan aku diteruskan dengan hanya duduk melepak dekat rumah .. tolong mak sikit2.. Dalam masa yang sama aku ikut class preparation for ielts dengan madam azian ..selain aku . Adam ,bayu , abe ngan khai pun join the class.

Ielts ni english test ala2 muet tapi international level la .. senang cite preparation for students yg nk futher abroad. Alhamdulillah haritu ..tak ingat berapa hb .. aku n lain2 dah pun seat psychometric test dekat unikl KL.
Sebenarnya pada mulanya aku dah hampir putus asa.. sbb honestly . Mak tak setuju untuk aku study oversea .. jangan tanya kenapa . Mak aku ada seribu alasan untuk tu . Hmm.. aku pulak sejujurnya dalam hati ni mmg teringin nk sambung ke sana . Tp aku yaki  redha Allah ada pada redha mak .

Tp dengan semangat yang ada pada adam bayu n abe .. buat aku nak juga cuba nasib sampai ke hujung.. kalau dah habis berusaha tapi mmg tak dapat .  Baru la boleh kata takde rezeki kan . So buat masa ni aku truskan je dulu usaha ni . Walaupun aku xboleh bg 100% commitment . Cam x dpt pgi class ielts tu selalu disebabkan beberapa halangan . Tp jauh di sudut hati aku .. nk jugak dpt sambung ke sana .

Hmm tapi mungkin atas doa mak . Sampai sekarang aku masih belum dapat conditional letter dari mana2 uni .. huhu .. terasa jugak bila bayu da dpt offer letter . Huhu takpe laa . Apa pun aku terima semuanya sebagai ketetapan yang Allah dah tetapkan utk aku ..  :)


Okay sudah cukup sudah story pasal ielts .. Nak share la apa yang aku buat kat rumah sepanjang free time pasca diploma ni .. hehe..

Since before diploma lagi aku kan mmg suka baking, cooking and sleeping .. eh .. haha.so . Aku nk post pasal apa sahaja yang aku buat..inshaAllah .  Semoga diberi kesempatan . Aku masak untuk bagi semua adikberadik . Anak buah aku dan mak abah makan . So aku lihat ia sebagai manfaat utk org lain ..inshaAllah segalanya demi meraih redha Allah ..

Mula2 aku buat pavlova .. ni aku buat masa 25.5 . A day before epul's bday. Epul ni abang aku yg ke4.


tadaaa.. ni lah pavlova ku.. 

bukan nya susah sangat nak buat pavlova ni sebenarnya ..aku share la resipi ngan cara2 nak buat pavlova ni eh . mana tau kalo ada gak penggangur cam aku ni yang terliur nk makan pavlova tapi susah nak cari kat kedai .. kalau ada pun . tak sure halal ke tak kan .. aku kalau dah waswas.. terus buat sendiri . puas hati .. hehe ..

Bahan-bahannya ( aku google je )

untuk meringue

4 biji telur ( putih sahaja)
175 g castor sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

untuk topping
200g whipping cream ( tak sikit and tak lelebih )
fruits ( kiwi , strawberry , blueberry , anggur ke ...tak kisah laa.. kalau boleh yang masam)

Cara-cara :

1. Macam biasa sebelum baking .. panaskan oven dulu .. sebab bila oven dah panas , pavlova ni naik cantik je masa proses pembakaran tu ..170 darjah celcius..

2. pastu amik la bowl nak buat meringue tu . makesure semua bekas ataupun alatan yang digunakan bersih dan kering tanpa setitis air pun . sbb bila ada air . kemungkinan besar meringue tu tak naik elok ..

3. Pukul putih telur tu dengan mixer or whisk . alkisah mixer aku dah hilang kejap time ni .. sebab sepupu aku pinjam n lupa nk pulangkan .. so dengan gagahnya aku pun pukul putih telur ni guna whisk sampai dia kental . bila putih telur tu dah jadi kental sikit tu .. masukkan castor sugar ,cuka , tepung jagung ngan esen vanila .

4. Pukul lagi sampai dia jadi berkilat and bertanduk . bertanduk ni maksudnya . bila kita terbalikkan bowl tu meringue tu x jatuh..

5. letakkan meringue ni dalam bntuk bulat atas baking paper . kalau nak cantik lukis dulu atas baking paper..
pastu ikut la bulatan tu .. guna spatula tuk hasil yang mantop .

6. masukkan dalam oven .. dalam 10 minit turunkan suh jadi 160 C . bakar selama 50 minit . tp kadang2 dia ikut keadaan oven jugak . kalau warna dia dah brownish pastu try la ketuk2 sikit kalau bunyi dia macam kosong dah jadi la tu . Jangan keluarkan dulu dari oven . renggangkan sikit pintu oven tu . biar dia sejuk kejap .

* jangan terkejut kalau meringue tu merekah ke ape. itu normal ..

untuk topping .

1. Pukul je whipping cream tu sampai kental . lepas tu sapu je atas pavlova guna spatula .

2. tabur atau susun buah2an tu ikut kekreatifan anda . pastu ready to ngapp ..

Pavlova tu kami makan dekat rumah epul petang tu juga.. dan potong-potong tapau and hantar ke rumah abang2 yang lain . puasnya .dapat bagi family makan .. :)

tetiba letih dah menaip . hehe ..selamat mencuba .


Doakan saya yer..


Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Thursday, May 23, 2013

Umrah Pertamaku 24April2013

Bismillahirrahmanirrahim..

 Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam buat kekasih Allah , Muhammad saw. Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulilah Allah menjemput aku n family ke rumahNya .

SubhanAllah .. tak ada perancangan yang terlalu lama . dlm bulan 3 tak silap aku , mak tanya tarikh abes exam . utk cari date untuk buat umrah . Excitednya aku masa tu , tak boleh bayang . hehe

Alhamdulillah 24 April 2013
kami sekeluarga [ aku , mak , abah , ijam , nde an , ima , ayin , ayul , mak ngah n ayah ngah ] berangkat ke madinah. 4 hari di madinah . Sangat teruja . sampai di madinah tu waktu malam . bila ternampak masjid nabawi . SubhnaAllah cantiknya . xboleh nak describe dgn kata-kata.  
muka excited sebelum berangkat pergi . 

4 hari di Madinah Al Munawarrah kami stay di Mubarak Silver Hotel . tak jauh dari masjid nabawi . Alhamdulillah hampir setiap waktu kami solat fardhu dimasjid. kecuali zohor hari jumaat . Perasaan tenang sangat sesampai di madinah . happy nya tak terkata . angin sejuk menampar-nampar muka walaupun cuaca nampak panas . bayangkan pukul 3 .30 pagi dah berjalan ke Masjid.. Heaven gila .

Hari kedua , ziarah makam Rasulullah dan Raudhah .

Raudah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW :
“Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”- (Muttafaq ‘Allaih)

kalau nak masuk ke raudhah ni mmg agak susah sebab ramai sangat jemaah yang berlumba2 nak dapat fadilat solat sunat n berdoa dalam raudhah ni sebab raudhah jugak adalah salah satu tempat mustajab doa di madinah. kalau nak tahu kita dah masuk ke dalam Raudhah . tgk kat carpet dia . kalau dah masuk warna hijau barulah kita dah berada dalam Raudhah . kalau masih carpet merah . belum lagi lah . :)
Bukit Uhud . remember perang uhud ? 

Selepas 4 hari di kota madinah .. dengan perasaan sedih dan sayu .. kami bergerak ke kota mekah pulak untuk meneruskan agenda utama kami iaitu mengerjakan umrah . perjalanan hampir 7 jam ke kota mekah , macam biasa kami naik bas 1 SV24 . masih di bawah muttawif yang sama . ustaz muntaqo aka ustaz koko ..

Tanah haram , makkah al mukaramah , tempat lahir nabi muhammad saw yg tercinta , sesiapa yang beribadah di tanah haram, dikurniakan 100 ribu kali ganda ganjaran . subhanAllah . pemurahnya Allah . ;')
berapa beruntungnya sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah .

YaAllah . panjang lebar nya bebelan . baru tersedar . hehe .
memang kalau nak cerita satu- satu memang tak habes . seronoknya memang tak terluah . saat mata terlihat kaabah . subhanAllah rasa taknak kelip dah . selama ni tgk kat TV , gambar , etc, but now, depan mata . Alhamdulillah yaAllah . sujud syukur ku sertakan dengan rasa penuh syukur :') air mata tak boleh ditahan lagi :")

part paling suka waktu ziarah ialah , bila kita ziarah tempat2 sirah sambil muttawif refresh balik sirah2 nabi muhammad saw. terbayang2 suasana berusrah .saat berkongsi perkongsian sirah dengan usrahmate. Alhamdulillah , seronoknya refresh sirah ! uhud , badar , khandak , hudabiyyah n etc .
Jabal Rahmah . tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas 200 tahun terpisah setelah dicampak ke dunia.

Alhamdulillah selesai buat umrah , tawaf sunnat . 7 April kami bergerak pulang ke Malaysia . Ya Allah . mood masa tu dah jiwa kacau . sedih sayu semua ada . tak puas lagi rasanya . rindu suasana ibadah di sana , rindu semua perkara disana. dapat kawan baru yang ramai . jemaah group SV24 . rindu rindu rindu . ;'(
tapi Alhamdulillah sampai sekarang kebanyakkan kami masih lagi keep in touch.
ini muttawif kami .. err nape muka aku cam pelik  -..-"


Masjidil Nabawi .. SubhanAllah indah sangat :')

YaAllah jangan jadikan ini kali pertama dan terakhir aku mengunjungi Baitullah, Semoga ada rezeki dan berpeluang kesini lagi :')

nanti post lagi eh . okay . selamat brbuka puasa pada yang puasa eh .
Assalamualaikum :)

Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Tuesday, January 29, 2013

Candle Light Dinner

Bismillahirrahmanirahim..

Selawat dan salam buat nabi junjungan , Muhammad saw..

Minggu ini minggu sibuk..so entry ini hanya entry pendek hehe..

Semalam dari pagi tak masuk kelas .. Pagi smp tengahhari ke PICC utk mendengar amanat tahun bahary 2013 oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaleed Nordin ..memenuhi tuntutan MPP dihujung2 tempoh perkhidmatan..

Petang semalam , aku n ika duk planning utk masak kat umah gardenhomes..dah lama x masuk dapur gardenhomes ni..hehe maklumlah student mmg lebih senang makan kat kedai, cepat dan jimat ...hehe
Aku n ika pun pergi lah econsave jalab reko tu  utk beli brg2 memasak ...eceh semangat nihh.. :)



MENU KAMI 
- Siakap 3 rasa
-Kangkung goreng belacan
-Sotong goreng tepung
-sambal udang 
- Fruit cocktail



Nak dijadikan cerita , sampai je kat rumah ..xde elektrik...Allah,macammana nk masak nasi  , blend bawang ? tapi Alhamdulillah kat rumah kami ni masih ada perkakas masakann tradisional..hehe
Thank you Allah , akhirnya perancangan kami diizinkan oleh Allah ;)

Back to basic , tumbuk bawang dan cili kering guna batu lesung.. Masak nasi atas dapur api ( not rice cooker) hehe..akhirnya selesai masak sebelum maghrib . lepas maghrib baru makan .. :)

so .. taraaa !!


C360_2013-01-29-20-27-27.jpg
Siakap 3 rasa 
by me 
*pika tolong goreng ikan ;)

Kangkung goreng belacan 
by me :)


C360_2013-01-29-20-28-18_org.jpg
Sambal Udang by ika tup

C360_2013-01-29-20-29-19.jpg
Sotong goreng tepung 
oleh Nani . =) 


C360_2013-01-29-20-29-36_org.jpg
Fruit cocktail 
oleh siapa yang buat ni eh ?
haha


* oleh kerana kami masak dalam keadaan gelap . beberapa orang telah  mengambil bahagian sebagai pemegang torch light .hihihi 

makan bertemankan cahaya lilin 


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA 

Sunday, January 13, 2013

berakhir sudah

Bismillahirahmanirrahim


Selawat dan salam buat nabi Muhammad saw dan keluarga berserta sahabat-sahabat Baginda.
7 Januari lepas , tamat sudah setahun aku n sahabat2 memikul tanggungjawab sebagai MPP KPTM Bangi bg sesi 2012.. Tapi secara rasminya , aku n bayu dikekalkan sbg MPP sehingga MPP baru dilantik , InshaAllah 31 Januari 2013 ini .. 

Untuk satu tahun ini , Banyak .. terlalu banyak yang kami lalui , manis n semestinya pahit . memikul amanah memang bukan mudah . sampai hari terakhir (6  Januari ) bila presiden bagitau yang kitorang akan dibubarkan esok . tetiba hati rasa takut + sedih . bercampur baur . bukan sebab dah x dapat pegang tampuk pimpinan kolej atau apa .. tapi sangat takut .jika tanggungjawab ini dihitung kelak , T.T .. semoga Allah meredhai apa yang telah aku dan sahabat jalankan selama bergelar pimpinan kolej.



apa pun . bersyukur sebab berpeluang melalui proses - proses menjadi manusia . Terima Kasih buat semua. Penasihat, Sir Nasir + Miss Aida..tak terhitung bantuan n tunjuk ajar dari mereka .. walau terkadang stress dengan tuntutan kerja. Teringat kata-kata Sir Nasir " Someday, u akan berterima kasih " memang betul sir . Miss Aida tersayang .. banyak sangat moral support yang diberi sampai boleh jadi macam sekarang..aku sangat suka cara mereka bekerja .. andai suatu hari nanti , ditakdir aku menjadi pendidik seperti mereka. Pasti mereka la inspirasi ku . .. eceyh tetiba ayat nak skema je . huhu 

Terima Kasih juga buat sahabat seperjuangan . walaupun ada yang datang dari barisan yang berbeza, akhirnya kita mampu bersatu di bawah satu organisasi .. Dulu kita lah rival , sekarang dah macam keluarga. :) 

* Capek -> presiden yang sangat cool. care kat anak2 buah..pandai amik hati.


* Bunga -> TP1 yang suka buat lawak . pandai sangat coolkan keadaan .. pernah marah kat dia, tapi dia dgn   cool pujuk balik .
* Arif  -> TP2 yang suka blur dalam meeting . akhirnya mengotakan janji untuk manage 1 program dibawah tanggungjawab beliau . GO GREEN!!!
* Farah  -> Bendahari . relaks tapi banyak idea .
* Fauze -> MPP paling disayangi pengurusan + students, maklumlah kebajikan dan kediaman...dekat dengan students
* Nani -> Antara MPP yang paling banyak keje.. dekan dekan dekan .. haha .. time nak exam, beliau antara yg paling busy.
* Dandan -> urusan kelab persatuan under beliau . bila musim pendaftaran .. sampai tak cukup nafas. mabrouk DANDAN =)
* Amin -> MPP sukan . banyak activity sukan yg dianjurkan tapi malangnya selalu clash dengan jadual UITM .  Amin pun cool. blur jugak dalam meeting... hahaha gonna miss that moment .
* Lisa -> Lisa mpp yang ayu dan kreatif . kalau event je .. Lisa mesti buat pentas .. melukis bagi kat dia.. :)
* Mekja -> MPP kecoh dalam meeting..kurang la stress dalam meeting room tu .. heheh
* Niza -> MPP Hubungan Luar tapi lebih sinonim dngan hostel .apa2 masalah dgn hostel rujuk beliau . 
* Hasya -> MPP Informasi + penerbitan . teringat waktu susah payah mendesign banner bersama beliau. ^_^
jugak . 
Terima Kasih juga sahabbatSahabat  rapat yang bukan MPP tapi banyak membantu . Ika , Pika , Asyhraf , Bote , Abe , Section 1 , Insaniah , studenyts2 yang banyak support . haters MPP pun tak kurang jugak . mengajar dari kesilapan . Lecturers yang memahami . T.T .. Jazakumullahu khairan kasiran.

Cover Photo
Saat-saat manis bersama 


Barisan MPP + Pengarah n TPP .
En Azmi + En Nordin
Terima Kasih atas tunjuk ajar 

Kad Raya kami untuk pengurusan + Lecturers =)

Sesi Photoshoot untuk raya .
family MPP :)

yang terakhir bersama.
En Nordin pindah ke KPTM Batu Pahat :(
Mohon Maaf dari semua MPP untuk students ( if u read this) , jika kami terlepas pandang dalam menjalankan amanah kalian . Mohon Maaf juga to semua barisan MPP dari aku , andai pernah terlalai , mengguris hati kalian


Semoga bertemu di Jannah . T.T inshaAllah ...


Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Monday, December 24, 2012

Adobe After Effects ?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang

Allahumma solli ala Muhammad , Ya Rabbi salli alaihi wassalim


Semalam tak nampak matahari pun. sebab duduk rumah tak keluar-keluar . huhu Bukan selalu dapat peluang duduk rumah Mak di hari Isnin yang selalunya bluess.. ^_^. Cuti-cuti ni aku amik kesempatan untuk luangkan masa dengan anak-anak buahku. Selalunya aku balik weekend . Mereka pun weekend la baru dapat berjalan-jalan ngan mama papa mereka . Alhamdulillah cuti kali dapat jumpa semua anak- anak buah dari Diya sampai la Jannah . Alhamdulillah .. merasai nikmat bahagia berkeluarga . thank You Allah .

gambar curi-curi untuk mengekalkan keikhlasan beliau ..hehe

Selain melayan dan membuli mereka . Aku pun mencari lah kerja-kerja yang boleh mendatang manfaat suatu hari nanti .. hik3 . lepas siapkan proposal academic visit untuk subject TPT .. tetiba terbuka folder tutorial adobe after effect .. Aku pun cuba-cuba lah ikut2 tutorial tu .. mana tau satu hari nanti nak kena buat montaj ke untuk kelab ke untuk apa-apa .. kalau ada kemahiran kan mudah .. orang kata ..Manfaat untuk orang lain.. hehe 

Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (al-Qudha’i)

rupa-rupanya . tak lah semudah mana nak buat montaj  gunakan after effects.kalau kita betul-betul xde basic. agak stress jugak la . hehehe Tapi kalau dengan usaha yang bersungguh-sungguh takde yang mustahil kan..macam ada dalam satu hadis ni 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)
sebenarnya tak siap habis pun montaj yang aku cuba buat tu .. sebab ada beberapa tugas yang kena aku buat semalam. Tapi aku berazam nk jugak siapkan montaj tu..Doakan ye kawan-kawan .. rasa-rasanya kena duk depan laptop ni seharian kot baru boleh cekap sikit . hehe . kalau ada sesiapa yang hebat dalam AE ni boleh la ajar-ajar eh . InshaAllah kalau siap project AE aku. bolehlah share kat blog ni .. ^_^

ni antara hasil awal angan-angan ku . heheh

#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Sunday, December 23, 2012

Bertaqwa kah kita ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang ..

Selawat dan salam buat kekasih , Nabi Muhammad S.A.W

Pagi ini, Selepas subuh..Aku ambil kesempatan masa terluang dengan cari kerja-kerja rumah yang boleh aku bantu, selain menyelamatkan diri dari tidur semula lepas subuh .. Akhirnya aku ambil keputusan untuk lipat baju sambil tengok tv. Dua dalam satu .. kih3 .. kita kena pandai menguruskan masa.. ececeh .bak kata Imam Hasan Al Banna

“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”
Pagi-pagi morning ni, channel paling bermanfaat mesti channel oasis,alhijrah .. tapi aku dah jatuh hati dengan Tv Alhijrah . so pilihlah 114.. Program yang tgh disiarkan ialah program Madrasah AlQuran .Harini mereka taddabur surah An-Naba' Ayat 31-40.. Surah pertama dalam Juzu' Amma ( fuhh teringat kem Tahsin) huhu ..

antaranya ;
“Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertaqwa itu mafaazaa.”(Q.S. An-Nabaa: 31)
mafaazaa yang membawa maksud menang atau kemenangan .. okay aku takdelah hebat sangat untuk membicarakan tafsir-tafsir quran . cuma nak kongsi pengisian program pagi tadi . untuk anda yang membaca dan jugak untuk aku, mungkin untuk refresh suatu hari nanti .



Taqwa




Murobbi bertanya pada syabab yang menjadi panel dlm prog tu .
Apa itu Taqwa ?
Jawab seorang daripada mereka. orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya ..
sungguh itu la definisi sebenar taqwa.. Murobbi tersebut turut menyampaikan bahawa ayat2 ini menceritakan tentang nikmat balasan baik kepada orang yang bertaqwa .. Allahurobbi .. Indahnya SyurgaMu ..
Mampukah aku menjadi sebahagian dari mereka yang memperoleh nikmat balasan baik dari Allah . T.T Semoga Allah memasukkan aku kedalam golongan yang bertaqwa . Aamiinn yaAllah .

Murobbi menerangkan lagi orang yang bertaqwa adalah , orang yang melakukan kebaikan secara terang-terangan dan secara sembunyi-sembunyi .. maknanya didepan orang pun dia buat baik , belakang orang pun dia buat baik . bukan cuma mentaati perintah Allah masa kat depan orang je.. bila xde orang kita tak buat baik , malah mlakukan kemungkaran. kalau macam tu mengejar pandangan manusia namanya , bukan redha Allah .

Murobbi tu menambah lagi . antara nikmat-nikmat syurga nanti adalah kebun2 anggur dan gadis-gadis perawan. Nikmat yang tidak boleh dibayangkan akal fikiran . Kalau masih boleh dibayangkan maknanya belum sampai nikmat syurga.SubhanAllah . hebatnya Allah . :").. dalam surah al-Insan pun ada bagi tahu yang terdapat juga teruna-teruna yang tampan di syurga nnt untuk wanita-wanita yang bertaqwa..bukan lelaki je dapat bidadari , perempuan pun dapat bidadara . hik2 ..

Hebatnya syurga milik Allah kan .. Jom kita perbaiki amalan dan perbuatan kita, mudah-mudahan anda dan saya dipilih Allah untuk menjadi ahli syurga ..Aaamiiiin ..


#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip
  Maaf kalau ada silap dan salah. saya hanya hamba Allah yang banyak berbuat dosa

Jaulah Usrah KPTM

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Assalamualaikum .. 

Allahumma solli ala Saydina Muhammad,Wa 'ala alihi wasohbihi wassalim 

Alhamdulillah, 15 | Disember | 2012 lepas , aku dan adik-beradik usrah, sepupu-sepupu usrah , mak-mak usrah akhirnya berjaya melaksanakan rancangan kami , Jaulah ,yang dah mula rancang waktu kami semua semester 5 lagi .. Rancangan awalnya , hanya usrah kami (Usrah Kak Yanti) yang akan berjaulah ke rumah adik beradik usrah kami .. Tapi Allah lah sebaik baik perancang.. 

sesi Jaulah kami disertai dengan satu lagi usrah dibawah kekma + Kak Su dan Kak Hajar ( Naqibah senior) 
yang akhirnya , jadi lebih molek dan meriah . Dan takde rezeki kami utk menziarah satu pun rumah adik beradik usrah kami.termasuk rumahku yang cancel last minit atas beberapa sebab yang x dapat dielakkan . nasib baik rumah kekma masih satu daerah dengan rumah aku .. 

Terima Kasih Kak Husna buat poster ni ^_^

Pengembaraan Jaulah kami bermula disini .. 

cop cop..kepada yang tahu apakah jaulah tu .. Maksud jaulah tu berjalan jauh-jauh bak kata Kak Hajar..heh
ok sambung ..

Aku ,ika dan kekma dah ada kat banting ,, dan yang lainnya bergerak dari bangi . Tentatifnya bermula dengan sesi taaruf dan sarapan kat rumah sewa aku , di garden homes. Pukul 9.30 pagi aku n eka dah sampai gelanggang futsal , Olak Lempit . Kak Yanti suruh gather kat situ .Tapi lepas call nani , diorang kata mereka baru nak gerak . So dari membazir masa amalan syaitan dalam kereta , aku n ika pun tunggu la rombongan dari bangi sambil bersarapan di kedai makan berhampiran .. kami order roti canai ..( ceh konon2 nak minum je) .sesampainya roti canai atas meja .. Nani call dah nak sampai . erkk .. aku n ika pun makan la roti canai tu macam nak masuk pertandingan makan .hikhik ( dont try this at home). Akhirnya , berkumpullah kami kat 
shell olak lempit. rupanya kena tunggu kekma untuk sama2 konvoi ke rumah seorang makcik - menurut kak yanti la .. hehe .. 

rupanya kami semua dibawa ke rumah makcik yani . makcik yani ni super senior usrah IKRAM la . sebelum ni beliau lah yang menguruskan Baitul Muslim IKRAM ( ^_^) . salah satu hasilnya ialah.. kak yanti and suami .. hehe .. Makcik Yani sangat lah cool ... seronok dengar pengisian dari dia.. Mantap.. kata2nya kadang-kadang tertampar ke pipi . hikhik.. tapi bile dia cakap pasal baitul muslim je .. mesti ika,pika, nani ,dandan jeling-jeling manja kat aku . haha .. >.< .. Best part adalah RAMBUTAN n PULASAN dekat rumah Makcik Yani sangat sedap.. hehe makanan pun sedap ;p

Alhamdulillah journey bersambung ke Kg Sg Kelambu . Rumah KekMa.. 
yang kelakarnya, waktu tengah tunggu yang lain utk siap sedia solat zohor berjemaah , aku ternampak gambar family kekMa , err macam kenal je ayah kekMa ni .. rupa-rupanya ayah KekMa and abah ku Officemate.. 
Dekat rumah KekMa kami bertaaruf dengan mak kekma , Makcik Aisyah yang juga supersenior Usrah IKRAM .Makcik Aisyah pun awesome.. cerita-cerita dan pengajaran yang sangat baik . Mee Kari adik KekMa sedap .. haha .. 

Lawatan ke kilang kerepek Fazz pulak . diorang shopping sakan , aku, kekMa n ika buat  rileks je sebab dah biasa.. heheh .. Destinasi terakhir ialah .lokasi wajib pergi bila sampai banting ..Pantai Morib ... Solat Asar kat surau yang luas + bersih .. hehe .. lepas tu ada sesi pengisian dari kak Hajar .. tentang ukhuwah .. wahhh .. sangat tersentuh .. antara pengisiannyaisiannya 
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. [alhujurat : 10] 
Lepas tu semua bersurai ..Allahurobbi .. bersyukur sangat dapat peluang berjaulah kali ni .. walaupun jauh dari rancangan awal kami, Moga ukhuwah ini tidak berakhir disini .. dan Harapnya ini bukan yang terakhir ..

Terima Kasih ALLAH..

 dirumah Makcik Aisyah n Makcik Yani 
Kak Hajar | Fazira | Kak su | Nina | Ain | Umairah | Pika |Ika |Jida | Nani | Dandan | Mia | Kak Yanti

 Pengisian bersama kak Hajar di Morib

Rumah Makcik Yani yang cantik 


we are sisters 

LOVE kamu semua
pilihlah untuk berUsrah | its awesome

#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip 

Monday, December 10, 2012

Dugaan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum ..

Harini  Allah beri sesuatu .. Ujian ..
Syukur Alhamdulillah ..semoga ada sesuatu nikmat menanti , :')


Ya Allah .. permudahkan urusanku .

sahabat .. doakan aku ya ..

rindu beg duit saya :'(

sanah helwah ekin siri 2

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbt

ayuh selawat

Sambutan hari lahir tak berakhir malam itu sahaja .
Pagi 5 disember tu , aku tengah bekerja sbg fasilitator kem pemantapan diri ,
lagiiiii terharu .aku dapat 2nd ..cake kat sini .

sedihhhhhhh bila diorang nyanyi lagu selamat hari lahir (aeman)
nak nangis tapi ala-ala cover sebab ramai budak2 .. hahha and simpan air mata untuk 8hb .. closing kem .. haha
surprise juga bila konon2 ibu panggil semua fasi masuk dalam dewan .. aku pun masuk la dewan dari dapur dengan cemasnya .ecehh...jeng3 .. Allah selamatkan kamu ..Allah selamatkan kamu .. Allah selamatkan ustzh ekin  .. Allah selamatkan kamuuuu... sayaaa sangatt maluuuuuu tahu... hehe..

sangat2 terima kasih kepada semua fasi2 , peserta ..untuk doa kalian .. terharu . sejujurnya saya x mengharap langsung sambutan ni dibuat .. cukup sekadar doa .. ya Allah doa yang sangat2 saya perlukan . kerana dalam ramai2 orang mustahil Allah tak makbulkan seorang pun dari mereka kan ,..lagi2 didoakan dalam pusat pengajian AlQuran yang penuh barokah wa rahmah . InshaAllah . :')

syukran
Jazakumullahu khairan kasiran semua ..

gambar credit to asyhraf photography

Sanah Helwah Ekin

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang 

Assalamualaikum wbt .

Ayuh selawat .

5 Disember 2012 genap aku berumur 23 tahun ..
Alhamdulillah .. Allah masih sudi beri aku kesempatan merasai nikmat hidup .. 
Makin bertambah usia bermakna makin dekatlah diriku dengan kematian .

Doakan semoga aku dikurniakan sifat2 mahmudah , bertambah ketaat kepada Allah taala, jadi anak yang solehah ye dan seterusnya dapat menikmati nikmat syurga satu hari nanti .. Amiiinn  

Tahun ni , tarikh ulangtahun ini aku ada kat bangi .. 
kalau sambutan ulangtahun macam biasalah mesti ada surprise ..

surprise yang mula2 nya hampir kantoi . 
tapi mereka ni bijak .. tukaqq plan .. hehe 

layan gambar jom ..
 

housemates buat semua ni .. terharu tak ? mesti lahh terharuuu .. ececehh..


saranghae <3 p="p">


nikmat sahabat baik :')


style wajib ..hehe 


sesungguhnya bersyukur dapat sahabat seperti mereka . susah senang bersama . mereka sangat baik . walaupun aku  x berapa baik :( .. sedihhhhhh bila ingat kitrg dah nak berpisah ..ini sem terakhir . moga ukhuwah ini tak terputus sebaik habis diploma .. 

NANI . DANDAN . EKA . MEKJA . PIKA . CUHA .. 

i love u all fillah <3 p="p">

Tuesday, November 27, 2012

Kem Pemantapan Diri

Dengan nama Allah tang maha pemurah lagi maha penyayang 

Assalamualaikum 

Selawat ke atas nabi Muhammad saw

Alhamdulillah .. cuti semester kali ini rupanya tidak terbuang dengan menonton tv dan tidur je .. 
selepas hampir 3 minggu dapat berehat kat rumah .. dapat panggilan , tawaran menjadi fasilitator kem pemantapan diri , anjuran Tahsin Tilawah Bestari .. Allah sangat besttt !! Dia bagi aku peluang yang sangat baik .. bukan saja dapat berkhidmat .. secara x langsung , aku pun tertarbiyah ... Syukur .. cantik aturan Allah ;)

Buat kesekian kalinya .. bekerja bersama kanak2 .. sebelum ni di sekolah rendah , sekolah menengah dan tadika .. kali ni di Tahsin pulak .. Tahsin tilawah bestari ni sebenarnya Pusat Pengajian AlQuran swasta tempat aku n kawan2 lain talaqqi .. Mungkin dah memang rezeki nak jadi pendidik je kan .. hehe .. kat rumah didik anak2 buah pulak .. 
Gambar dicilok dari asyhrafphotography  .. ampun asyhraf [ kalo terbaca ].. hehe ni promotion !
Permulaannya .. takut n gabra jugak lah . sbb selalunya mengajar conventional je kali ni islamic pulak .. ish ..aku ni ilmu dah la cetek .. tapi kena la jugak sahut cabaran ni ,, bukan snang dapat peluang macam ni .. mengajar sambil belajar .. seriously aku rasa lebih banyak belajar dari mengajar . hik2 .. 

Banyak kesilapan2 yang baru tersedar .. kalau dulu tak hafal doa itu , doa ini .. dalam kita tasmik peserta kem .. kita pun dah boleh hafal .. seronokk .. ini cara Allah nk bg aku refresh ilmu yang dapat zaman sekolah rendah agama dulu .. dulu sekolah agama pun salu ponteng .. ini lah hasilnya . hehe ..Tapi apa pun Alhamdulillah .. 

cop ..copp.. nak cerita sikit .. tanpa dirancang .. anak buah aku .. Amy [ who is daughter of my cousin ] pun join kem ni .. mula2 nampak dia bosan je . sebab kem ni campur kanak2 dari 5 tahun sampai 16 tahun .. and Amy is 15 .. dia bosan lah kot sebab most of peserta , budak sekolah rendah . tapi aku tetap berdoa yang dia boleh terima suasana ni . sebab yang penting ilmu yang dia dapat . lepas sesi tasmik .. Amy diletakkan dalam kumpulan 3 , di bawah fasilitator Ustazah Hatijah .. Dia kena hafaz surah yassin dan Juzuk Amma .. Sentiasa doakan dia dapat habiskan hafazan sebelum majlis penutup nnt .. dann .. Tolong doakan dia terus istiqamah dalam mengamalkan apa2 yang dipelajari kat Kem ni .. Jazakumullah kpd yang doakan .. hati hati kita kan Allah yang pegang , Moga Allah sentuh hati Amy .. :)

She is Amy ..







Aku pulak diamanahkan jaga kumpulan 5 .. bacaan iqra' .. kebanyakkan mereka berumur 5-8 tahun ada seorang je 12 tahun . special kes .. :) .. mereka sangat comel .. walaupunnn .. aktif nauzubillah .. biasa lah budak2 kan . kalau duk diam je bukan lah kanak2 kann .. hihi .. seronok .. belah pagi aktiviti bacaan quraan , iqra dan sebagainya ,, sebelah petang pulak , fardhu ain .. fyi , ini ada kem harian yang bermula 8 pagi - 5 ptang..  Bestt kann . xperlu berjaga sampai malam . hehe .. program ni sangat mengutamakan sunnah nabi Muhammad saw. cthnye , makan dlm talam, duduk sunnah , solat dhuha , solat rawatib, solat jemaah .. selawat dan zikir sentiasa di bibir .. SubhanAllah . indahkan percutian kali ni . 

and lagi best part .. kebanyakkan fasi2 adalah kawan2 aku juga .. xpayah la type nama mereka kat sini .. dah jemu .. haha,.and dapat kawan baru jugak .. aisyah , shahariah , kak sharnaaz , ust hatijah , ust amir , Taj  and mungkin bertambah lagi ,, 

oh itu je lah nak kongsi .. hehe ... kepada student2 yang tengah cuti sem ni , cari la keja2 part time yang macam ni .. seriously best .. dan bermanfaat .. paling penting penuh dgn tarbiyyah ,.




Monday, November 12, 2012

Hijrah saya

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari kita semua akan berubah kalendar Islam .. selamat tahun baru hijrah 1434 H ..
Semoga segala amalan kita sepanjang 1433H diterima Allah swt dan segala dosa kita diampunkan Allah yang Maha Pengampun.. dan juga.. Semoga kita akan menjadi hambaNya yang lebih baik, beriman , bertaqwa kepada Allah untuk tahun hadapan dan istiqamah sehingga hari Akhirat..

Post kali ni kita share tips2 Hijrah Diri ke arah yang lebih baik ..


Gambar ni aku copy je dari facebook Ustaz Don 
Nampak sangat menarik untuk dikongsi ..

InshaAllah aku perjelaskan lagi sikit dekat blog ni 

#1. Niat kerana Allah swt
- yang ni paling penting ..sebab tujuan utama kita berhijrah adalah untuk meraih redha Allah kan.. bukann    kerana pasangan , bukan kerana nak orang puji..kalau rasa-rasa niat dah mula nak terpesong. istighfar dan reset niat .. Allah Allah Allah .. Semoga Allah redha .. 

#2. Letak target Hijrah kita ..
  - Cadangan .. buat la satu jadual ke, nota ke ..kat tempat kita salu tengok .. supaya kita selalu ingat target kita .. cthnya  : Solat Awal waktu , check pakaian tutup aurat sebelum keluar rumah , Solat Dhuha , Tahajud 

kalau bulan ramadhan boleh buat camni .. hehe

#3 Mencari suasana atau rakan yang baik .. 
  - one word ! USRAH .. paling terbaik .. jom ikut usrah .. InshaAllah dengan usrah mesti kita boleh jumpa kawan dan suasana yang baik .. 


#4 Bersabar dengan cemuhan 
 - kalau kita mula-mula berhijrah.. orang cemuh2 , kutuk2 , perli2 ni perkara biasa ..Ayat biasa 
 "ko ni dah macam ustazah " . " assalamualaikum ustazah pilihan" .. " alamak imam muda datang "..
 tapi banyakkan bersabar ye kawan2 ..husnudzon dengan mereka.. aminkan kata2 mereka .. mana tau dapat jadi ustazah atau imam muda   betul2 .. sejuk perut omak den . kan.. hehe 

#5 Berdoa kepada Allah 
- Allah kekasih kita  sangat sweet .. awak mintak la apa saja kat Dia .. mesti Dia bagi.. Awak mengadu lah apa sahaja kat Dia . mesti Dia dengar dan tenangkan awk .. sweetnya Allah >.<.. Doa la supaya kita boleh istiqamah dengan hijrah kita ni .. 

alahai comelnyaa dia .>.<

Semoga kita semua dapat manfaatkan tips2 ni ye .. 
Yang Baik semua dari Allah , yang silap itu saya .. Tegur saya kalau salah ok ..peace .. 
Love Allah , Love Muhammad ... [ teringat piere andre kat ASK.. chaiyok bro piere ]



Wednesday, November 7, 2012

Result UiTM sesi Julai 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

Sekarang ni kebanyakkan student diploma UiTM mesti tengah sedang seram sejuk menanti keputusan peperiksaan akhir sesi lepas ..

Mesti ada yang tak lena tidur , tak kenyang makan hehe.. InshaAllah keputusan dijadualkan akan diumumkan pada 9hb November 2012 .. bermakna jumaat ini .. Didoakan semua keputusan yang kalian terima dapat menggembirakan hati , menenangkan fikiran kerana ianya pasti dan pasti yang terbaik untuk kalian ..
Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.. =)

Jika baik keputusan kalian .. Tahniah diucapkan.. Usaha terbalas.. ingat jangan pernah lupa diri , panjatkan kesyukuran pada Tuan Empunya segala NIKMAT.. Dia Maha Pemberi dan Maha Mendengar Doa kita .. =)

Buat yang tidak memperoleh keputusan yg tak seperti diinginkan .. juga jangan lupa bersyukur.. tentunya Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik .. Bersangka baiklah dengan Dia.. :)

Apa-apapun , minta doakan yang terbaik untuk saya juga ye =)



Sunday, November 4, 2012

Hijrah ?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum ..

Sebelum kita mula entri kali ni .. Jom kita istighfar dan selawat

Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim ..

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadinni Nabiyyil Ummiyi Wa’ala alihi Wasohbihi wasalim …

Malam-malam hujan macam ni .. memang seronok duduk dalam bilik ..
Nak pulak dah selesai isyak.. hmmpph.. Memang syok kalau dapat tido awal kan .. hehe .. macam ni lah student IPT kalau cuti .. Tidoo aktiviti yang paling banyak dilakukan sepanjang 24 jam..hehe.
Haa.. Tapi sekarang ni tengah hujan kan [Banting 2045 04112012].. Jom kita tadah tangan
Allahuma Soyyiban Nafi’an
Ya Allah , Turunkanlah Hujan yang bermanfaat
Aaamiiinn ya rabb .. =)

Malam ni nak update sikit pasal hijrah ..


Kebetulan siang tadi tengok talkshow Assalamualaikum kat TvAlhijrah.. Slot yang terakhir pagi tadi ialah Slot : Hijrahku .. tetamu jemputan dia , penyanyi  remaja bersuara unik .. Shila Amzah .. aku pun suka jugak suara dia .. hehehe

Alhamdulillah .. Shila ada kongsi pengalaman hijrah dia .. Antara sikit nasihat atau pesanan dia kepada orang diluar . “kalau dalam hati kita dah terdetik nak berubah kearah kebaikan, jangan kita tangguh-tangguh , sebab mungkin ada sesuatu yang buruk akan dtg’ .. itu pesan Shila, berkaitan dengan pengalaman yang dia sendiri hadapi..


Syukur Alhamdulillah .. seorang lagi selebriti Malaysia sudah kembali kepada fitrah ( sebelum ni Diana Amir , Farah Ashikin , Raja Farah , Natasha Hudson , Irma Hasmi , Norynn Aziz andd ramai lagi ).. walaupun mungkin segelintir daripada kita sibuk mengomel tentang selebriti2 atau sahabat2 kita  yang berhijrah ni sebab trend la , bertudung kerana fesyen la tapi bg aku , kita sekurang-kurang menghormati niat diorang yang ada keinginan kepada kebaikan.. Cara manusia berubah mungkin lain-lain, kita hormat cara dan pendapat mereka.. Kan lebih baik berbaik sangka.

kalau benar ada yang mereka lakukan itu benar-benar terpesong dari  akidah , kita tegur atau sampaikan apa yang benar tu dengan cara yang betul .. [ cari dan fikir cara terbaik ].. dan mungkin cara yang berkesan , Doakan kebaikan mereka ..Power of Du’a kann .. J

Eh.. eh .. tetiba pulak .. hehhehe

pictures credited to Insaniah Photography

pictures credited to Insaniah Photography


pictures credited to Insaniah Photography



notakaki : semua diatas adalah pendapat peribadi saya .. jika ada salah silap .. harap maaf , dan sama2 la berkongsi ilmu . tegur jika saya salah ..=) 

Saturday, November 3, 2012

The power of Du’a




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum ..

Ewahh ..Ekin update blog lagi .. hihi ..Alhamdulillah cuti semester ni , Allah beri peluang dan masa yang banyak untuk aku buat banyak perkara yang jarang mampu aku lakukan bila kuliah dah mula ..

Contohnya , Alhamdulillah dah selesai baca novel islami, Cinta High Class karangan Dr Farhan Hadi dan isteri , Ustazah Fatimah Syarha.. seorang penulis dan pendakwah yang sangat aku kagumi kerana Allah .. Alhamdulillah pernah beberapa kali bersua muka dengan Ustazah dan sekali dengan Dr. Farhan .. SubhanAllah .. Ustazah Fatimah seorang yang sangat lemah lembut , dan langsung tak sombong .. melayani kami ( aku & rakan2) yang sibuk sangat nak bergambar sewaktu beliau sedang makan .. tutur katanya tersusun , suaranya lembut tapi penyampaiannya sampai ke hati .

Eh , cerita pasal Ustazah Fatimah Syarha pulak ..

Back to the story .. selain dapat habiskan bacaan2 buku .. [ jap..jap .. entri lepas Ekin ni cakap dia tak suke membaca kan .. ehem3 .. sebenarnya aku sudah mulai mncintai buku sejak beberapa bulan yang lepas.. tp baru berjinak dengan bacaan yang ringan.. ^_^ .. AlQuran paling favourite ]. Okay menyimpang lagi ..hehe .. okay , selain membaca .. aku dapat jugak melaksanakan hobi dulu , kini dan selamanya ku .. iaitu … memasak .. yeayy .. Alhamdulillah …

Memasak pun boleh jadi satu ibadah jugak, contohnya .. tolong ringankan tugas mak , khidmat sesame manusia.. Mak, Abah,abang, kakak ipar , anak buah boleh makan makanan yang kita masak untuk jadi tenaga , supaya mereka pulak boleh beribadat.. Kalau ikhlas kerana Allah , inshaAllah jadi pahala kan .. J Kalau yang jauh2 ngan family tu , tak dapat masak untuk family , masak untuk roommate, housemate pun boleh .. tak kisah sesimple mana pun masakan anda , kalau ikhlas kerana Allah .. mereka mesti suka dan Allah pun suka… =)



Power  of Du’a

Alhamdulillah, thanks to Allah ..

Sebelum bermulanya cuti semester  haritu .. aku dan sahabat2 yang lain telah selesai menjalani final exam untuk semester  5.. untuk semester ini , cume 4 course sahaja yang masuk final .. satu lagi subject  100% assessment in a class ..

Seperti musim-musim exam yang lepas , aku  mesti tak terlepas diuji Allah dengan ujian2 yang hebat.. Alhamdulillah kesemuanya kulalui dengan izin Allah .. Dugaan untuk semester ini berbeza dari semester-semester yang lepas .. tapi sekali lagi syukur .. Alhamdulillah , dengan izin Allah juga,Doa-doa dari Mak , Abah , family , Sahabat  n Pensyarah.. semuanya berlalu dengan tenang ..
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya [ QS .AlBaqarah:286 ]

Aku terima ujian-ujian Allah ini , kerana aku yakin pasti ada sesuatu yang lebih hebat Allah aturkan buat aku.. diwaktu tiada lagi daya .. aku Cuma mampu berdoa , mengadu pada Allah .. kerana Dia Maha Mendengar … Yakin itu ..

Percayalah doa itu benar-benar senjata orang islam .. aku menjawab kertas terakhir final hari tu dengan sangat lancar .. siapa sangka .. minggu yang penuh air mata tu , berakhir dengan sesuatu yang langsung tidak membebani aku masa aku menjawab kertas tu .. Aku tak berani cakap banyak2 sebab result pun tak keluar lagi .. tapi apa yang aku cube tekankan ialah .. Kuasa Doa itu.. membuatkan aku merasakan Allah mmg benar-benar sedang membantuku .. Allahu Mustaan .

Aku mungkin tak tahu nak ekpresikan rasa tu dalam bait-bait tulisan ni .. tapi yakin lah ..
Berdoalah .. 

Allah lebih suka kepada orang yang meminta, merayu dan bersandar hanya kepadaNya, daripada orang yang sombong ( tidak berdoa kepadaNya) .

Berdoalah dengan sesungguhnya, dengan rasa yakin setiap permintaanmu akan ditunaikan oleh Allah.Jangan meragui Allah swt.