Tuesday, December 15, 2009

jarum saat berjalan mengikut arahnya


haloo n hye..

tak taw nak tulis apa walaupun pelbagai perkara tngah berlegar dalam kepala..:(
emosi semakin pulih..dah lame pulih kot..ehe.tapi kadangkadang bile teringat balik..tunggang terbalik semula la emosi aku..haih..tapi outside of me..tetappp control happy n ok sahaja..
hanya sesetengah orang je yg boleh perasan..like ff & ff..hehe.. farah fasehah n farah faiqah la..sibling yang sangat best sbb paham situasi aku sekarang..tengss ,u both!

dia still call n sms ni for this a few day..humm..its ok..aku pun taknak bermusuh ngan sapesape..tapi aku pelik atas alasan ape dia lakukan semua itu..ada lagi 'udang disebalik bihun tomyam kah?'...tapi malam ni dah takde lagi bunyi ringtone dia yg belum sempat aku tukar..dah takde pulak sms dari dia.sudah tamat kah sandiwara ini?..haih pedulikan!!

hari ni tak tahu nak buat apa..first time rasa free semacam..hehee..so pergi bayar sewa kedai (awal pulak aku bayar,belum cukup bulan..heheh)balik singgah bank..masukkan duit hasil perniagaan..sebelum sampai rumah pergi beli detergent!!boringgg kan??

petang tadi pulak temankan farah pegi beli sesuatu untuk dirinya..ambik faiqah n farah's stuff n terus pergi ke tempat farah practicle n tukar kereta..naik kereta fara dan terus ke destinasi..sekejap sangatt grab barang tu n bayar..kemudian balik..ambik kereta yg di tinggalkan di tempat farah practicle pergi pula tempat makan..temankan mereka makan dan aku pun makan jugak..hancuss diet!! :(..terus balik..

malam ni tengah perah otak..deco yang macam mane aku nak buat untuk wedding cake minggu nih!!dah survey kat manamana.dah jumpa 2 atau 3 pilihan..masih kena pilih jugak kan..nnt l aku fikirkan..huhu..sekarang mahu tidur..tapi nak tunggu pukul 12..nak wish birthday qila..1 of my besties..shes da 1st one wish me dat day..its unfair kalau aku tidur dulu kan????..emm tunggu la sekejap..

mata dah kecik.tengh cari kayu kecil yg boleh buat mata ni stay terbukak sampai pukul 12.

Friday, December 11, 2009

kecewa itu disampingku


aku tak mahu menyebut katakata kesat disini..hanya mengotorkan dinding blog aku sahaja..

aku sedang marah..eh tidak..kecewa mungkin.

sepatutnya dari awal ku turuti katakata sepupu kesayangan

'jangan,kelak kau yang susah' kata nya.

aku membalasnya..'aku takut dia kecewa,kasihan'

tapi sekarang..aku yang kecewa.kasihan~~

aku sudah mulai sakit hati dengan jantina itu.tapi itu tidak adil.kerna abahku tersayang,abangabang tempat ku bermanja dan sepupu tercinta juga didalam kelompok itu.

jadi aku hanya harus sakit hati kepada individu tersebut.kalaulah aku pertahankan ego ku waktu beliau membisikkan katakata indah.pasti tidak begini akhirannya.sepatutnya ego itu perlu.haruskan ku katakan 'tidak' padanya.tapi jiwa halus jantina ku sangat kasihan melihat dia merayu.sudah kelihatan seperti padi tak di 'harvest'..

dan sekarang hanya ungkapan padan kepada muka sendiri.lain kali harus banyak sedar kekurangan diri ya!

terusterang aku sangat kasihan pada diri sendiri..sedaya upaya mahu lari dari kekacauan emosi ini tapi sifat tidak sampai hati yang ku anggap satu kerjaan mulia itu mulai menjebak diri kembali kepada kesakitan hati dan emosi.

pipi sudah tunggu air mata lalu.tapi ia tersekat dikolamnya saat terfikir 'tidak harus meleleh kerna manusia sekejam dia.'

aku teringat yang satu itu.teman berkasihsayang ku di suatu ketika dulu.terpisah hanya kerana menjaga hati pihak lagi satu.aku tak rela tapi harus beraksi seperti aku sudah bersedia. kini dia sudah menjalani kehidupan seperti biasa tanpa aku.dan aku merindui dia.tidak pernah terlupa!

maaf aku bermain katakata hari ini.jiwa remaja sememangnya begini.;'(

dia ; si kejam

dia ; si hati mulia

Tuesday, December 8, 2009

sekembalinya sang author ke tanah air.

salam..
ye....sebelum anda-anda tegur..biar aku sendiri yang mengaku..ye,mmg aku yang salah,mmg aku yang kejam sebab menggantung blog ini tanpa talinya..berjutajuta maaf ye.terlalu banyakk sebab aku tak hapdet2 blog ni..first!aku banyak keje yang perlu dibuat..ye!mmg aku tak bekerja seperti org lain yang setiap hujung bulan dapat gaji.tapi aku mmg banyak keje.nak tau fakta.?kalau aku ni tak berkerja(meaning x makan gaji) aku lagi banyak kerja berbanding aku bekerja.faham tak?tak faham ..lantak!!..andaanda tau kan yang aku ni seorang fulltime baker.
so aku kena siapkan order dari customer.skg ni tgh relaks sikit mungkin lusa aku kena siapkan lagi order dari former officemate.sibuk.sibuk.sibuk.(kawan baik aku pun cakap camtu)tapi alhamdulillah rezeki tuhan bagi..sementara ade..

2nd!aku sibuk dgn facebook.dulu aku tak heran pun 'benda' nih..aku tau pasal fb ni.aku ade account fb tapi tak berapa nak layan.tapi sekarang cambest je kan.sibuk ngan fb ni pun kira sibuk gak taw..andaanda nak cakap ape cakap la!mmg aku da start addict benda tuh.mmg friends aku tak ramai pon kat fb tuh,aku lagi suke senang nak ingat satusatu.boleh keepintouch each other.satu lagi pasall fb..application die..walaweh..dulu aku kutuk org main farmville tuh..aku cakap 'ape bende lah diorg ni bercucuk-cucuk tanam kat fb ni,pembaziran masa dan tenaga je'..tapi nak tau skg aku da layan benda tuh.hahaha..adoi~

3rd!aku sibuk menghabiskan masa bersama-sama teman rapat.fara,lisa,qila..sometime pejul,wan..n lagi kadang-kadang ahmad alias,azhary..ketigatiga wanita diatas tu antara yang wajib di temui setiap hari.sekurang-kurangnya seorang tiap sehari..rase cam makan ubat.tak amik sehari je tak cukup tenaga.the MUST is karaoke session.aiyoh..budakbudak ini kalau dapat microphone hilang pedoman hidup.termasuk aku.haha.

4th!blogger.com cam ayam kurang dedak!!excited je aku menaip panjang2..time nak publishdia wat hal..tu belum upload gambar...lagilah syaitann perangai die..hilang semangat kesukanan aku nakk menghapdet blog ni.merajuk untuk beberapa hari.afta that taip lagi.pastu wat hal lagi..adoiii..buat hati aku tawar je nk menjenguk blg aku ni.langsung!

aku mmg bukan seorang bloger yg sgt setia kepada blognye.dahla page simple cam harammm..entri pun jarang0jarang update..menyampah dowh orang tengok blog ni..dah la takde citer menarik..eh2!suke hati aku la nak tulis ape ke.tanak tuka page ke.ini blog aku,aku yng taip,aku yang publish.suke atti aku la kan..hahahahaha.(gelak sampai muntah)

n.....ni yang last,satu sebab yang aku jarang nak update blog ni..MATA!ye dalam bahasa inggerisnye EYE..jahat dowh mata.pnt2 aku taip entry.boleh lak ngantuk tahap dewa.hilang segala kata-kata indah dari dalam pikiran....sebagai contoh.sekarang ni..mata aku dh tinggal a few cm je sebelum tertutup abis!

andai mata ni terbuka semula kita smbung cerita!oke?

tido.!

zzzzzzZzZZZzzzZZ~