Sunday, February 12, 2012

bantu aku Ya Allah

Assalamualaikum..

tidak mudah menjadi seorang aku .. tapi aku bersyukur kepada Allah sebab bagi aku nikmat didalam ujianNya .. aku diuji dengan kesusahan, kesedihan, kegembiraan , kemenangan . semua dalam bentuk ujian yang nikmat ..

tugas pertama yang aku galas sebagai pengarah program.. paling penting , program bukan hanya berbentuk duniawi . maknanya tanggungjawab aku lebih berat dari biasa.. aku sedar terlalu banyak kelemahan program ini .. dari awalnya .. pelbagai kesilapan kami tonjolkan.. mungkin semua ni bermula dari diri aku sendiri .. ye la , kuat atau lemah suatu program itu bermula dari pucuk pimpinannya .. rasa tak layak sangat untuk aku galas program sebesar ini.. antara program terbesar untuk kolej aku semester ini .. :'( .. aku malu dengan pencapaian ni .. apa pun seinfiniti tahniah n terima kasih buat sahabat sahabiah .. adik2 insaniah . yang turut sama berpenat lelah memastikan program ni berjaya..
paling utama sahabat2 terdekat .. bayu , nani , pika , arif , asyhraf, ika , dandan , mekja .. yaAllah .. tak tersebut rasanya .. terima kasih and berjuta maaf untuk kalian .. kalau boleh aku luah kan apa yang sedang aku rasakan .. pastinya air mata yang tiada hentinya yang kalian lihat..
bukan aku lari atau tak sanggup dengan tanggungjawab.. tapi aku rasa sgt tak layak.. aku tak sehebat kalian..

yaAllah , semoga kau pelihara niat ku , jgn la kau pesongkan niat ku , berjuang hanya untuk Mu !

satu perkataan buat semua .. MAAF sahabatku, keluargaku .. biar semua orang persalah apa yang aku lakukan .. mungkin mereka salah faham , tidak menjadi aku .. biar aku yang rasa.. biar bagi mereka yang salah itu aku ... aku tak kisah.. tiada serangan balik ..haha .. :)

satu doaku .. mohon Allah perkuatkan semangat , tambahkan redhaMu , ikhlas ku ..

:D

Thursday, January 26, 2012

pisssss (-.-)v

Assalamualaikum. senyum sikit.. :)))

hari ni dapat paper test 1 untuk subject PR.. sedih :( tapi aku terima kenyataan . yang ini silap aku .. aku tak prepare awal , aku da tau minggu tu akan jadi minggu sibuk , minggu pasang poster, minggu kuiz , test dgn tanggungjawab kelab, macam2 tapi aku belum cukup pandai nak bahagikan masa.. result tak la sampai fail .. tapi aku kecewa. aku taknak salahkan aktiviti aku .. aku sendiri dah berjanji ngan diri aku .. walau sebanyak mana pun tanggungjawab aku .. study no 1.. tu tujuan aku dtg KPTM.. tapi mungkin masih dalam tempoh 'shock'. tetiba banyak benda nak buat dalam satu masa , balik rumah ada program family lagi.. tapi aku tau .. lambat laun mesti aku boleh handle, class, assignment , kuiz insaniah,usrah ,mpp,friendship dan family. aku taknak satu pun tercicir.. inshaAllah .. u can do it ekin.. Allah bg kuasa luar biasa untuk aku .. sebab kalau tak .. tak mungkin aku berada dalam situasi sekarang , diberi kepercayaan, tanggungjawab sebegini.. Allah maha mengetahui, apa yang Dia rancang tu perancangan yang terbaik..

sekarang aku cuma perlu lakukan dan berkorban sikit masa bermain untuk pikul tanggungjawab aku sebaiknya.. yaAllah jangan la kau pesongkan matlamat sebenarku .. jadikan lah landasan perjalananku perjalanan yang diredhaiMu.. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

eh .. pasal cinta ..cuit sikit boleh.. wondering kenapa dengan tiba-tiba sekeliling aku tgh hangat isu bercinta ..apakah .. ? haih .. aku bukan taknak semua tu .. tapi takut diri sendiri tak boleh kawal . ok aku sedang kawan dgn beberapa orang .. tapi macam bukan antara mereka tuan punya tulang rusuk yang aku guna sekarang . eh tapi tak tahu lah kan . Allah Maha Berkuasa..ini semua kerja Dia. hehe .. Aku cume doa , sedikit usaha dan tunggu .. inshaAllah .. aku ingat pesan arif dulu-dulu . Lahir je kita kat dunia dah tertulis siapa jodoh kita.. kalau tak sempat jumpa kat dunia inshaAllah kat akhirat nnt mesti ada.. mintak2 jodoh aku nnt sbg peneman di syurga bukan lah sebaliknya. nauzubillah .. :')

jiwa aku tgh celaru sekarang .. okay aku tahu semua orang dilanda masalah . semua orang try untuk selindung .. selagi boleh tutup kita tutup ok !.. ahaha.. kadang2 aku rasa aku ini bukan antara mereka , maksud aku sahabat2 muslimah aku.. aku tak semulia mereka.. hati aku ni ada saja penyakitnya , ada saja kotorannya .. sendiri nasihat sendiri memberontak . pantang orang buat tak elok sikit kat aku .. ada je aku nak merungut . ini bukan sifat yang islam tuntut ekin.. sedarlah. ;'(

Aku cuba nak jadi perempuan terbaik , macam srikandi2 islam zaman nabi n sahabat.. ish ... jauh sekali .. penyakit hati , akidah , akhlak .. banyak yang perlu aku perbaiki. biar orang luar nampak aku jahat, teruk tapi aku minta jangan lah aku dipandang hina oleh Allah .. ;'( ego aku terlalu tinggi ...tiada siapa yang salah .. aku tak pandai kawal diri,emosi .. itu silap aku ..

banyak ni nak tulis . tapi eh . banyak jugak nak kena tapis ni .. ehehe..


i love you cause of Allah <3

Tuesday, January 24, 2012

semangat baru orang lama !

Assalamualaikum .

hi !
aku da macam org tak tau berblog.. dan mungkin tak banyak masa.. erm.. dulu ini la tempat aku meluah rasa, berkongsi cerita , gelak ketawa, nangis berduka.. eceh berpantun pulak .. tapi seriously , rindu zaman dulu.
rindu zaman semester awal2.. :'(

orang yang terdekat ngan aku mesti tau apa yang aku rindu sebenarnya..sekarang ni aku sedar aku banyak masalah hati , masalah fikiran ..

"yaAllah ampuni dosa- dosaku yaAllah, jauhkan aku dr sifat-sifat mazmumah,hasat dengki, riak dan sebaris dengannya,lindungi aku dari seksa api nerakaMu ya Allah yaRabb" 


aku terkepit dalam bumi luas ciptaan Allah ni .. kadang-kadang aku terlalai atas kenikmatan yang Allah bagi .sendiri menangis atas kealpaan.. tak layak rasanya terima pujian orang sekeliling .. ya Allah , kuatkan aku :'(

Dugaan yang Allah bagi ni mmg satu petanda bahawa Dia sayangkan aku .. terima kasih yaAllah, kau masih beri aku peluang ..

sekarang waktu aku untuk simpan semua yang berlaku .. selagi termampu aku simpan .. kalau tak termampu barulah aku cari orang2 yang aku percaya.. terima kasih sadiqi.. :'(
sebab aku tau , aku tak terlalu kuat nak simpan semua masalah aku .. penyakit aku skrg ni mendesak aku untuk tak terlalu stress.. tapi ini yang aku lalui setiap hari .. pasal penyakit. aku sedang berusaha mengubati nya .. ;'(
siapa yang nak ??? Allah bagi ini sebagai hadiah tanda ingatan Dia pada aku .. terima kasih ya Allah, cintaku ..

malu rasanya mengaku sebegitu sedangkan aku tak melakukan yang setanding dgn apa yang aku luah kan..tapi aku janji aku berusaha ke arahnya .. buat masa ni.. cinta ku hanya la untuk Allah dan rasulNya..
"Ya Allah bimbinglah aku , beri aku petunjuk yaAllah, luruskan jalanku menuju kearah keredhaanMu"

aku nak cuba jadi anak terbaik, sahabat terbaik .. !!

takde apa lagi dah kot . :'(
*wipe the tears


Assalamualaikum...