Thursday, May 23, 2013

Umrah Pertamaku 24April2013

Bismillahirrahmanirrahim..

 Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam buat kekasih Allah , Muhammad saw. Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulilah Allah menjemput aku n family ke rumahNya .

SubhanAllah .. tak ada perancangan yang terlalu lama . dlm bulan 3 tak silap aku , mak tanya tarikh abes exam . utk cari date untuk buat umrah . Excitednya aku masa tu , tak boleh bayang . hehe

Alhamdulillah 24 April 2013
kami sekeluarga [ aku , mak , abah , ijam , nde an , ima , ayin , ayul , mak ngah n ayah ngah ] berangkat ke madinah. 4 hari di madinah . Sangat teruja . sampai di madinah tu waktu malam . bila ternampak masjid nabawi . SubhnaAllah cantiknya . xboleh nak describe dgn kata-kata.  
muka excited sebelum berangkat pergi . 

4 hari di Madinah Al Munawarrah kami stay di Mubarak Silver Hotel . tak jauh dari masjid nabawi . Alhamdulillah hampir setiap waktu kami solat fardhu dimasjid. kecuali zohor hari jumaat . Perasaan tenang sangat sesampai di madinah . happy nya tak terkata . angin sejuk menampar-nampar muka walaupun cuaca nampak panas . bayangkan pukul 3 .30 pagi dah berjalan ke Masjid.. Heaven gila .

Hari kedua , ziarah makam Rasulullah dan Raudhah .

Raudah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW :
“Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”- (Muttafaq ‘Allaih)

kalau nak masuk ke raudhah ni mmg agak susah sebab ramai sangat jemaah yang berlumba2 nak dapat fadilat solat sunat n berdoa dalam raudhah ni sebab raudhah jugak adalah salah satu tempat mustajab doa di madinah. kalau nak tahu kita dah masuk ke dalam Raudhah . tgk kat carpet dia . kalau dah masuk warna hijau barulah kita dah berada dalam Raudhah . kalau masih carpet merah . belum lagi lah . :)
Bukit Uhud . remember perang uhud ? 

Selepas 4 hari di kota madinah .. dengan perasaan sedih dan sayu .. kami bergerak ke kota mekah pulak untuk meneruskan agenda utama kami iaitu mengerjakan umrah . perjalanan hampir 7 jam ke kota mekah , macam biasa kami naik bas 1 SV24 . masih di bawah muttawif yang sama . ustaz muntaqo aka ustaz koko ..

Tanah haram , makkah al mukaramah , tempat lahir nabi muhammad saw yg tercinta , sesiapa yang beribadah di tanah haram, dikurniakan 100 ribu kali ganda ganjaran . subhanAllah . pemurahnya Allah . ;')
berapa beruntungnya sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah .

YaAllah . panjang lebar nya bebelan . baru tersedar . hehe .
memang kalau nak cerita satu- satu memang tak habes . seronoknya memang tak terluah . saat mata terlihat kaabah . subhanAllah rasa taknak kelip dah . selama ni tgk kat TV , gambar , etc, but now, depan mata . Alhamdulillah yaAllah . sujud syukur ku sertakan dengan rasa penuh syukur :') air mata tak boleh ditahan lagi :")

part paling suka waktu ziarah ialah , bila kita ziarah tempat2 sirah sambil muttawif refresh balik sirah2 nabi muhammad saw. terbayang2 suasana berusrah .saat berkongsi perkongsian sirah dengan usrahmate. Alhamdulillah , seronoknya refresh sirah ! uhud , badar , khandak , hudabiyyah n etc .
Jabal Rahmah . tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas 200 tahun terpisah setelah dicampak ke dunia.

Alhamdulillah selesai buat umrah , tawaf sunnat . 7 April kami bergerak pulang ke Malaysia . Ya Allah . mood masa tu dah jiwa kacau . sedih sayu semua ada . tak puas lagi rasanya . rindu suasana ibadah di sana , rindu semua perkara disana. dapat kawan baru yang ramai . jemaah group SV24 . rindu rindu rindu . ;'(
tapi Alhamdulillah sampai sekarang kebanyakkan kami masih lagi keep in touch.
ini muttawif kami .. err nape muka aku cam pelik  -..-"


Masjidil Nabawi .. SubhanAllah indah sangat :')

YaAllah jangan jadikan ini kali pertama dan terakhir aku mengunjungi Baitullah, Semoga ada rezeki dan berpeluang kesini lagi :')

nanti post lagi eh . okay . selamat brbuka puasa pada yang puasa eh .
Assalamualaikum :)

Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip