Tuesday, November 27, 2012

Kem Pemantapan Diri

Dengan nama Allah tang maha pemurah lagi maha penyayang 

Assalamualaikum 

Selawat ke atas nabi Muhammad saw

Alhamdulillah .. cuti semester kali ini rupanya tidak terbuang dengan menonton tv dan tidur je .. 
selepas hampir 3 minggu dapat berehat kat rumah .. dapat panggilan , tawaran menjadi fasilitator kem pemantapan diri , anjuran Tahsin Tilawah Bestari .. Allah sangat besttt !! Dia bagi aku peluang yang sangat baik .. bukan saja dapat berkhidmat .. secara x langsung , aku pun tertarbiyah ... Syukur .. cantik aturan Allah ;)

Buat kesekian kalinya .. bekerja bersama kanak2 .. sebelum ni di sekolah rendah , sekolah menengah dan tadika .. kali ni di Tahsin pulak .. Tahsin tilawah bestari ni sebenarnya Pusat Pengajian AlQuran swasta tempat aku n kawan2 lain talaqqi .. Mungkin dah memang rezeki nak jadi pendidik je kan .. hehe .. kat rumah didik anak2 buah pulak .. 
Gambar dicilok dari asyhrafphotography  .. ampun asyhraf [ kalo terbaca ].. hehe ni promotion !
Permulaannya .. takut n gabra jugak lah . sbb selalunya mengajar conventional je kali ni islamic pulak .. ish ..aku ni ilmu dah la cetek .. tapi kena la jugak sahut cabaran ni ,, bukan snang dapat peluang macam ni .. mengajar sambil belajar .. seriously aku rasa lebih banyak belajar dari mengajar . hik2 .. 

Banyak kesilapan2 yang baru tersedar .. kalau dulu tak hafal doa itu , doa ini .. dalam kita tasmik peserta kem .. kita pun dah boleh hafal .. seronokk .. ini cara Allah nk bg aku refresh ilmu yang dapat zaman sekolah rendah agama dulu .. dulu sekolah agama pun salu ponteng .. ini lah hasilnya . hehe ..Tapi apa pun Alhamdulillah .. 

cop ..copp.. nak cerita sikit .. tanpa dirancang .. anak buah aku .. Amy [ who is daughter of my cousin ] pun join kem ni .. mula2 nampak dia bosan je . sebab kem ni campur kanak2 dari 5 tahun sampai 16 tahun .. and Amy is 15 .. dia bosan lah kot sebab most of peserta , budak sekolah rendah . tapi aku tetap berdoa yang dia boleh terima suasana ni . sebab yang penting ilmu yang dia dapat . lepas sesi tasmik .. Amy diletakkan dalam kumpulan 3 , di bawah fasilitator Ustazah Hatijah .. Dia kena hafaz surah yassin dan Juzuk Amma .. Sentiasa doakan dia dapat habiskan hafazan sebelum majlis penutup nnt .. dann .. Tolong doakan dia terus istiqamah dalam mengamalkan apa2 yang dipelajari kat Kem ni .. Jazakumullah kpd yang doakan .. hati hati kita kan Allah yang pegang , Moga Allah sentuh hati Amy .. :)

She is Amy ..







Aku pulak diamanahkan jaga kumpulan 5 .. bacaan iqra' .. kebanyakkan mereka berumur 5-8 tahun ada seorang je 12 tahun . special kes .. :) .. mereka sangat comel .. walaupunnn .. aktif nauzubillah .. biasa lah budak2 kan . kalau duk diam je bukan lah kanak2 kann .. hihi .. seronok .. belah pagi aktiviti bacaan quraan , iqra dan sebagainya ,, sebelah petang pulak , fardhu ain .. fyi , ini ada kem harian yang bermula 8 pagi - 5 ptang..  Bestt kann . xperlu berjaga sampai malam . hehe .. program ni sangat mengutamakan sunnah nabi Muhammad saw. cthnye , makan dlm talam, duduk sunnah , solat dhuha , solat rawatib, solat jemaah .. selawat dan zikir sentiasa di bibir .. SubhanAllah . indahkan percutian kali ni . 

and lagi best part .. kebanyakkan fasi2 adalah kawan2 aku juga .. xpayah la type nama mereka kat sini .. dah jemu .. haha,.and dapat kawan baru jugak .. aisyah , shahariah , kak sharnaaz , ust hatijah , ust amir , Taj  and mungkin bertambah lagi ,, 

oh itu je lah nak kongsi .. hehe ... kepada student2 yang tengah cuti sem ni , cari la keja2 part time yang macam ni .. seriously best .. dan bermanfaat .. paling penting penuh dgn tarbiyyah ,.




Monday, November 12, 2012

Hijrah saya

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari kita semua akan berubah kalendar Islam .. selamat tahun baru hijrah 1434 H ..
Semoga segala amalan kita sepanjang 1433H diterima Allah swt dan segala dosa kita diampunkan Allah yang Maha Pengampun.. dan juga.. Semoga kita akan menjadi hambaNya yang lebih baik, beriman , bertaqwa kepada Allah untuk tahun hadapan dan istiqamah sehingga hari Akhirat..

Post kali ni kita share tips2 Hijrah Diri ke arah yang lebih baik ..


Gambar ni aku copy je dari facebook Ustaz Don 
Nampak sangat menarik untuk dikongsi ..

InshaAllah aku perjelaskan lagi sikit dekat blog ni 

#1. Niat kerana Allah swt
- yang ni paling penting ..sebab tujuan utama kita berhijrah adalah untuk meraih redha Allah kan.. bukann    kerana pasangan , bukan kerana nak orang puji..kalau rasa-rasa niat dah mula nak terpesong. istighfar dan reset niat .. Allah Allah Allah .. Semoga Allah redha .. 

#2. Letak target Hijrah kita ..
  - Cadangan .. buat la satu jadual ke, nota ke ..kat tempat kita salu tengok .. supaya kita selalu ingat target kita .. cthnya  : Solat Awal waktu , check pakaian tutup aurat sebelum keluar rumah , Solat Dhuha , Tahajud 

kalau bulan ramadhan boleh buat camni .. hehe

#3 Mencari suasana atau rakan yang baik .. 
  - one word ! USRAH .. paling terbaik .. jom ikut usrah .. InshaAllah dengan usrah mesti kita boleh jumpa kawan dan suasana yang baik .. 


#4 Bersabar dengan cemuhan 
 - kalau kita mula-mula berhijrah.. orang cemuh2 , kutuk2 , perli2 ni perkara biasa ..Ayat biasa 
 "ko ni dah macam ustazah " . " assalamualaikum ustazah pilihan" .. " alamak imam muda datang "..
 tapi banyakkan bersabar ye kawan2 ..husnudzon dengan mereka.. aminkan kata2 mereka .. mana tau dapat jadi ustazah atau imam muda   betul2 .. sejuk perut omak den . kan.. hehe 

#5 Berdoa kepada Allah 
- Allah kekasih kita  sangat sweet .. awak mintak la apa saja kat Dia .. mesti Dia bagi.. Awak mengadu lah apa sahaja kat Dia . mesti Dia dengar dan tenangkan awk .. sweetnya Allah >.<.. Doa la supaya kita boleh istiqamah dengan hijrah kita ni .. 

alahai comelnyaa dia .>.<

Semoga kita semua dapat manfaatkan tips2 ni ye .. 
Yang Baik semua dari Allah , yang silap itu saya .. Tegur saya kalau salah ok ..peace .. 
Love Allah , Love Muhammad ... [ teringat piere andre kat ASK.. chaiyok bro piere ]



Wednesday, November 7, 2012

Result UiTM sesi Julai 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

Sekarang ni kebanyakkan student diploma UiTM mesti tengah sedang seram sejuk menanti keputusan peperiksaan akhir sesi lepas ..

Mesti ada yang tak lena tidur , tak kenyang makan hehe.. InshaAllah keputusan dijadualkan akan diumumkan pada 9hb November 2012 .. bermakna jumaat ini .. Didoakan semua keputusan yang kalian terima dapat menggembirakan hati , menenangkan fikiran kerana ianya pasti dan pasti yang terbaik untuk kalian ..
Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.. =)

Jika baik keputusan kalian .. Tahniah diucapkan.. Usaha terbalas.. ingat jangan pernah lupa diri , panjatkan kesyukuran pada Tuan Empunya segala NIKMAT.. Dia Maha Pemberi dan Maha Mendengar Doa kita .. =)

Buat yang tidak memperoleh keputusan yg tak seperti diinginkan .. juga jangan lupa bersyukur.. tentunya Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik .. Bersangka baiklah dengan Dia.. :)

Apa-apapun , minta doakan yang terbaik untuk saya juga ye =)



Sunday, November 4, 2012

Hijrah ?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum ..

Sebelum kita mula entri kali ni .. Jom kita istighfar dan selawat

Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim ..

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadinni Nabiyyil Ummiyi Wa’ala alihi Wasohbihi wasalim …

Malam-malam hujan macam ni .. memang seronok duduk dalam bilik ..
Nak pulak dah selesai isyak.. hmmpph.. Memang syok kalau dapat tido awal kan .. hehe .. macam ni lah student IPT kalau cuti .. Tidoo aktiviti yang paling banyak dilakukan sepanjang 24 jam..hehe.
Haa.. Tapi sekarang ni tengah hujan kan [Banting 2045 04112012].. Jom kita tadah tangan
Allahuma Soyyiban Nafi’an
Ya Allah , Turunkanlah Hujan yang bermanfaat
Aaamiiinn ya rabb .. =)

Malam ni nak update sikit pasal hijrah ..


Kebetulan siang tadi tengok talkshow Assalamualaikum kat TvAlhijrah.. Slot yang terakhir pagi tadi ialah Slot : Hijrahku .. tetamu jemputan dia , penyanyi  remaja bersuara unik .. Shila Amzah .. aku pun suka jugak suara dia .. hehehe

Alhamdulillah .. Shila ada kongsi pengalaman hijrah dia .. Antara sikit nasihat atau pesanan dia kepada orang diluar . “kalau dalam hati kita dah terdetik nak berubah kearah kebaikan, jangan kita tangguh-tangguh , sebab mungkin ada sesuatu yang buruk akan dtg’ .. itu pesan Shila, berkaitan dengan pengalaman yang dia sendiri hadapi..


Syukur Alhamdulillah .. seorang lagi selebriti Malaysia sudah kembali kepada fitrah ( sebelum ni Diana Amir , Farah Ashikin , Raja Farah , Natasha Hudson , Irma Hasmi , Norynn Aziz andd ramai lagi ).. walaupun mungkin segelintir daripada kita sibuk mengomel tentang selebriti2 atau sahabat2 kita  yang berhijrah ni sebab trend la , bertudung kerana fesyen la tapi bg aku , kita sekurang-kurang menghormati niat diorang yang ada keinginan kepada kebaikan.. Cara manusia berubah mungkin lain-lain, kita hormat cara dan pendapat mereka.. Kan lebih baik berbaik sangka.

kalau benar ada yang mereka lakukan itu benar-benar terpesong dari  akidah , kita tegur atau sampaikan apa yang benar tu dengan cara yang betul .. [ cari dan fikir cara terbaik ].. dan mungkin cara yang berkesan , Doakan kebaikan mereka ..Power of Du’a kann .. J

Eh.. eh .. tetiba pulak .. hehhehe

pictures credited to Insaniah Photography

pictures credited to Insaniah Photography


pictures credited to Insaniah Photography



notakaki : semua diatas adalah pendapat peribadi saya .. jika ada salah silap .. harap maaf , dan sama2 la berkongsi ilmu . tegur jika saya salah ..=) 

Saturday, November 3, 2012

The power of Du’a




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum ..

Ewahh ..Ekin update blog lagi .. hihi ..Alhamdulillah cuti semester ni , Allah beri peluang dan masa yang banyak untuk aku buat banyak perkara yang jarang mampu aku lakukan bila kuliah dah mula ..

Contohnya , Alhamdulillah dah selesai baca novel islami, Cinta High Class karangan Dr Farhan Hadi dan isteri , Ustazah Fatimah Syarha.. seorang penulis dan pendakwah yang sangat aku kagumi kerana Allah .. Alhamdulillah pernah beberapa kali bersua muka dengan Ustazah dan sekali dengan Dr. Farhan .. SubhanAllah .. Ustazah Fatimah seorang yang sangat lemah lembut , dan langsung tak sombong .. melayani kami ( aku & rakan2) yang sibuk sangat nak bergambar sewaktu beliau sedang makan .. tutur katanya tersusun , suaranya lembut tapi penyampaiannya sampai ke hati .

Eh , cerita pasal Ustazah Fatimah Syarha pulak ..

Back to the story .. selain dapat habiskan bacaan2 buku .. [ jap..jap .. entri lepas Ekin ni cakap dia tak suke membaca kan .. ehem3 .. sebenarnya aku sudah mulai mncintai buku sejak beberapa bulan yang lepas.. tp baru berjinak dengan bacaan yang ringan.. ^_^ .. AlQuran paling favourite ]. Okay menyimpang lagi ..hehe .. okay , selain membaca .. aku dapat jugak melaksanakan hobi dulu , kini dan selamanya ku .. iaitu … memasak .. yeayy .. Alhamdulillah …

Memasak pun boleh jadi satu ibadah jugak, contohnya .. tolong ringankan tugas mak , khidmat sesame manusia.. Mak, Abah,abang, kakak ipar , anak buah boleh makan makanan yang kita masak untuk jadi tenaga , supaya mereka pulak boleh beribadat.. Kalau ikhlas kerana Allah , inshaAllah jadi pahala kan .. J Kalau yang jauh2 ngan family tu , tak dapat masak untuk family , masak untuk roommate, housemate pun boleh .. tak kisah sesimple mana pun masakan anda , kalau ikhlas kerana Allah .. mereka mesti suka dan Allah pun suka… =)



Power  of Du’a

Alhamdulillah, thanks to Allah ..

Sebelum bermulanya cuti semester  haritu .. aku dan sahabat2 yang lain telah selesai menjalani final exam untuk semester  5.. untuk semester ini , cume 4 course sahaja yang masuk final .. satu lagi subject  100% assessment in a class ..

Seperti musim-musim exam yang lepas , aku  mesti tak terlepas diuji Allah dengan ujian2 yang hebat.. Alhamdulillah kesemuanya kulalui dengan izin Allah .. Dugaan untuk semester ini berbeza dari semester-semester yang lepas .. tapi sekali lagi syukur .. Alhamdulillah , dengan izin Allah juga,Doa-doa dari Mak , Abah , family , Sahabat  n Pensyarah.. semuanya berlalu dengan tenang ..
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya [ QS .AlBaqarah:286 ]

Aku terima ujian-ujian Allah ini , kerana aku yakin pasti ada sesuatu yang lebih hebat Allah aturkan buat aku.. diwaktu tiada lagi daya .. aku Cuma mampu berdoa , mengadu pada Allah .. kerana Dia Maha Mendengar … Yakin itu ..

Percayalah doa itu benar-benar senjata orang islam .. aku menjawab kertas terakhir final hari tu dengan sangat lancar .. siapa sangka .. minggu yang penuh air mata tu , berakhir dengan sesuatu yang langsung tidak membebani aku masa aku menjawab kertas tu .. Aku tak berani cakap banyak2 sebab result pun tak keluar lagi .. tapi apa yang aku cube tekankan ialah .. Kuasa Doa itu.. membuatkan aku merasakan Allah mmg benar-benar sedang membantuku .. Allahu Mustaan .

Aku mungkin tak tahu nak ekpresikan rasa tu dalam bait-bait tulisan ni .. tapi yakin lah ..
Berdoalah .. 

Allah lebih suka kepada orang yang meminta, merayu dan bersandar hanya kepadaNya, daripada orang yang sombong ( tidak berdoa kepadaNya) .

Berdoalah dengan sesungguhnya, dengan rasa yakin setiap permintaanmu akan ditunaikan oleh Allah.Jangan meragui Allah swt.

 

Thursday, November 1, 2012

melentur buluh dari rebung ^_^


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum ..

Setiap kali nak update mesti rasa nak tulis " eee.. lamanyaa tak update blog " hehe ..
tapi kalau dah jarak setiap entri memang berbulan lamanya .. dah tak dikira lama dah .. rasanya, aku macam dah hilang skill menulis ..
eh ..sebelum ni ada ke skill menulis ? oh tidak .. haha.. aku  memang bukan penulis yang bagus ..ini adalah kerana , eceh ..
kurangnya amalan membaca .. hehe to be honest ..aku tak berapa rajin membaca unless perkara tu memang perlu sesangat untuk dibaca ..keh3

Bukti aku sudah tiada skill eh memang takde skill menulis , ni lah . blog tak update , jarang update status dari idea sendiri (share & copypaste banyak le)
hehe.. itu menulis atau menaip la .. tapi kalau bercakap .. emm non stop pulak .. hihi ..

okay .. banyak nya membebel ..

since dah lama tak update blog . ini mesti satu entri yang panjang [ boleh caya ke ? ]

cerita mendidik.( Ala-ala ibu-ibu pulak )

aku ini dilahirkan agak suka terjebak dalam bidang pendidikan ni.. eceh.. hehe..
so apa yang aku dapat , aku suka share balik pada semua ..
langkah awal menjadi pendidik , sebelum mendidik anak-anak aku ...aku rasa bertanggungjawab mendidik anak-anak buahku..
masa cuti study week ( err.. study week tu cuti ke ? ) aku ada balik ke rumah banting beberapa hari ..
waktu siang , kebanyakkan anak buah aku tinggal kat rumah mak , yakni lepas balik dr tadika ..

perkara yang selalu aku didik mereka ialah solat.. walaupun mereka baru berusia 3-5 tahun .. tapi aku suka biasakan mereka dengan
suasana islam, biasakan budak-budak dengan ibadah-ibadah .. hmm .. maaf ckp , kadang-kadang orang dewasa selalu melarang adik-adik kecil  dari kawasan kita solat ,
menyebabkan adik-adik ni tak terbiasa dengan solat.. so , bila dah besar .. diorang mungkin rasa berat untuk solat ..
ini pendapat aku la .. bukan ke , kalau kita nak melentur buluh biar dari rebungnya..  makna kata , dari adik adik  ni kecil kita dah kena biasakan ..
bukan bermaksud nak menjadi terlalu tegas , smp tahap memaksa adik adik yang belum wajib utk kerjakan solat .. cume biar mereka tahu yang solat tu penting..
dari kecil mereka lihat orang sekeliling mereka melaksanakan perintah Allah .. bila diorg tak buat . mungkin diorg akan rasa janggal.

Mendidik biar dengan perbuatan . maknanya, praktikal .. kalau kita asyik beri arahan , tapi kita sendiri tak melaksanakan .. rasa-rasa orang yang nak kita didik tu nak ke buat ?
bukan dari segi solat je .. macam- macam, cthnya tutup aurat ,sedeqah, bercakap yang baik-baik .. kadang-kadang tak perlukan arahan ..cuma biasakan perkara yang positif depan adik-adik kecil..

mula-mula kita ajak le mereka .. umpan mereka dengan cerita-cerita keindahan syurga , nikmat syurga ..
cth ayat aku pujuk anak buah aku solat  :

acu          :nana , yaya ! sape nak masuk syurga yang boleh mintak apa-apa saje dari Allah .. ?
mereka   : saya !!!
acu          : tapi kalau nak masuk syurga , kena ikut ckp Allah .. Allah suruh kita solat .. sape nak    solat??
mereka   : saya !!

syukur Alhamdulillah , anak-anak buahku ini dah ada sedikit basic2 ilmu agama dari mama ayah ,mama papa mereka .. so, kerja aku dah tak rumit ..
mereka dah tahu sebelum solat kena ambil wudhuk .. tapi.. kena la layan semua pertanyaan mereka yang melimpah ruah ni ..
contohnya :

lokasi : tempat ambil wuduk

nana nampak macam dah expert amik wudhuk , cuci pergelangan tangan, kumur2 , muka .. tetiba ..

nana : Acuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! lepas muka apa ?
acu   : tangan sampai atas siku .
nana : lepas tu ..

dan seterusnya .. asyik la lepas tuuuu .. lepas tuu .. hahaha , geli hati tapi seronok sebab dia semangat nak belajar ..

tiba waktu yaya pulak , okay yaya dah 6 tahun ,dah tadika islam.. mesti lagi okay ..acu pun pegi siapkan tempat solat .. tetiba pandang belakang .

yaya : acuuuuuu ... jangan la pegi mana-mana .. tgk la yaya amik wudhuk ..

hahahaha...tp dia okay .. cuma nak suruh tengok je .. hmm layankan je ..

lepas solat .. tanpa perlu diajar.. tiba2 mereka pun amik muqadam , and duduk mengaji sebelah acu ..
nampak tak ? kanak-kanak kadang-kadang tak perlu diarah .. cume praktikkan didepan mereka ..

sekarang ni alhamdulillah ..bila acu amik wudhuk je ,..dah ada yang ikut .. tapi kanak-kanak kadang2 dtg jugak malas dia ..
kena la pandai psiko sikit .. ^_^






Ini diya a.k.a yaya

Ini dania  aka nana =)

Semoga Allah jadikan mereka anak-anak yang solehah J