Saturday, August 23, 2014

Jaulah Sabah 2014 - Bajet trip ke kota Kinabalu



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum ...

Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad sallAllahualaihiwassalam ..


Kembali menaip kat sini hanya untuk bacaan peribadi , suatu hari nanti . hehe 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas segala nikmat yang masih Allah bagi pada diri ini.. 

Sebenarnya post ni hanya untuk kenangan aku dan sahabat2 yang bakal throwback our trip ke kota kinabalu . kalau aku x rasa nak private blog ni .. maknanya mungkin boleh membantu anda2 diluar yang tengah study2 pasal bajet trip ke kota kinabalu ni . hehe .. 

sebenarnya kisah trip@jaulah sabah kali ni bermula bila seorg sahabat kami @arif  yang tah apa kena free sangat .. sibuk pegi survey2 flight ticket ke K.K since seorang sahabat kitrg kan memang berasal dari sabah . kira nak melawat sekali la ni..

Arif called aku memalam , pukul 8 macam tu . bgtau airasia ada buat promo . ticket from KUL to BKI (kota kinabalu) pergi dan balik RM70 je .. whatttt RM70 !!! gila taknak pergi hehe .. time tu ada la balance duit Yayasan Bank Rakyat sikit2. aku pun dengan sifat clumsy semula jadi aku terus on laptop .. web AirAsia time tu mmg macam tak bape efficient la .. slowwwwwww sangat . memang gelabah la .. sebelah tangan call sahabat2 sape yang nak join . sebelah tangan lagi duk godek2 web AirAsia . dah lah time tu dah janji ngan farah n erra nak pegi dinner . Yang cepat bg respon cume arif ,ika n asyhraf . So , sempat la aku belikan tket untuk kami berempat .  Esoknya tak silap aku , barulah bote and abe setuju nak gi jugak . aku belikan tiket diorg guna hp je time .. sambil drive .. gila tak? sebab AirAsia ni bukan boleh caye sangat . kita lambat beli sikit mesti harga dia dah naik . cam kami pgi Langkawi dulu . awalnya flight kitrg ngan abe n bote x same . tapi tah kenapa airasia call aku bgtau kitrg tukar flight which is same flight dengan abe n bote .. yeahh berita gembiraa utk kami . hehe ..


Selepas 10 bulan ..tiba la tarikh yang dinanti2 kan .. 13 august 2014 . Sebelum nak sampai tarikh ni pun banyak juga dugaan melanda .. mula dengan salah daftar nama bote , tak salah sangat cume aku terrrtambah Muhammad kat nama ayah dia .. supposed muhammad safwan bin salleh je . aku pun semangat kan beli tiket sambil drive .. gitu laa .. soooo, if benda ni terjadi kat korang , tak boleh bior saje . kena tukar . kena email dekat airasia passport or ic passenger yang salah nama tu . nasib baik semuanya ok balik . fuhhh .. kalau tak naye nak ganti tiket org . hehe 

ujian seterusnya , bayu kata dia mungkin tak dapat join sebab dia ada appointment dengan doktor dalam minggu jaulah kitrg tu . BAYU TU WATAK UTAMA KOTT !! dia lah kawan kitrg yang dekat sabah tu . haih .. tapi kami kena la redha . nak buat macam mana , appointment tu penting katanya  .  few days before fly , aku pulak diuji , Abah kena heart attack, his first attack and warded for 5days , which the fifth day is selasa , a day before we suppose to fly.  sebagai anak , takkan aku sanggup nak tinggal kan abah dekat ward untuk aku pergi bercuti dengan kawan2 dekat sabah kan . so aku mmg redha kalau aku kena cancel kan percutian aku , aku dah bincang dengan ika, sbb if aku tak pergi , ika pun mungkin tak boleh pegi .sbb kami berdua je perempuan dalam jaulah kali ni . Ika as my bestfriend semestinya memahami keadaan aku masa tu . Alhamdulillah selasa tu abah dah boleh admit dr ward . and condition abah pun stable, abah pun kata aku boleh pegi sebab abah ok , dalam berat hati aku pegi jugak sbb tgk keadaan abah about 90% ok. and abah juga yang hantar aku, ika and asyhraf ke airport tp dengan seorang abg aku yang lain la .. abah aku temankan je . 

Pagi ni, bertambah lagi ujian .. kami sampai 10.40 pagi , flight kami 12.45 tghhari . smpai2 je KLIA2 , terus kami berkumpul dengan abe, bote and arif yang dah sampai awal sikit dr kami. cehceh . time ni happy lagi . jumpa sahabat yang dah lama x jumpa macam bote and abe . Abe baru sampai dari kelantan pagi tu , dengan airasia jugak .. kira abe ni paling awal la sampai kat KLIA2 , pukul 8.00 pagi .  sebelum kami sampai airport kami siap2 web check in dekat rumah n print boarding pass sebab kiosk self check in dekat KLIA2 masih BELUM BERFUNGSI ! kitrg pun terus la checkin baggage.  Time ni Asyhraf cakap dia tak breakfast lagi , kami pun decide la yang nk check in baggage pegi check-in yg lain pegi tunggu kt mana2 restaurant . tetibaa Asyhraf buat panic . dia selongkar2 bag dia , bag camera semua.. hah!! wallet dia tertinggal dalam kereta , and kereta dia ada dekat rumah aku . and kunci kereta dia pegang . kitrg cam panic ahh kan . kalau kunci tinggal kat rumah aku , boleh gak suh abang aku hantarkan .. pastu aku call mak , suh checkkan dari tingkap kereta asyhraf, betul tak , ada wallet . ke cicir kat mana2.. mak aku confirm kan mmg ada . arif call adik dia , ammar untuk ambik asyhraf and arif untuk pegi amik wallet tu kat rumah aku , kat banting .nasib baik  banting tu dekat je . about 30 minutes . sementara tu aku pegi check in bag . 

sementara nk tunggu diorg kami pegi papparich utk duduk tunggu je . sbb kitrg dah breakfast kat rumah . tapi tak sedap lak duduk tak order pape . so, macam biasa lah pompuan la yang akan sacrifice duit pegi beli makanan kan .. lagipun bote puasa . sebab semangat nak rasa sahur lambat buka awal . hehe kat sabah kan maghrib pukul 6.40 pm .. semangat tau .. so aku dgn ika je la beli set breakfast , pagi tu je dah abes RM31.50 .. cam nyesal je . haha.. sambil tunggu kami main cakcak ngan anak orang thailand sebelah table kami tu . comel habes kot . confident je kami . tetiba pukul 11.55 am dengar ada announcement flight kitrg tukar gate k22 ke k20 . kami pun .. "ooouhh tukar gate je " sambil tu call jugak asyhraf tanya diorg dah sampai mana . asyhraf baru sampai banting time tu . nk gerak ke KLIA2 balik . pastu lengah2 kitrg pegi ke gate departure yang ada kastam tu . tetiba macam nervous bila announcement dah banyak kali panggil tapi asyhraf ngan arif tak sampai lagi . ammar dah bawak laju gila time tu , bak kata asyhraf la .. kami decide utk tinggalkan boarding pass pada pegawai kastam tu . mula2 dia taknak tapi aku merayu dia nak jugak . pastu kami nak masuk , abe dah lepas tetiba boarding pass bote ada problem . itu boarding pass dari k.k ke kl . yaAllah aku rasa darah menyimbah ke muka ,, panic . sbb aku yang bertanggungjawab buat semua tu . aku terus cam nak nangis ckp kat kastam tu . macam mana ni encik ? dia suh pgi counter customer servis .kat counter tu ramai pulak yang beratur . sambil kat telinga aku da dengar "PANGGILAN TERAKHIR PENUMPANG2 AK5112 KE KOTA KINABALU"  aku dengan clumsy nya merayu dekat org depan tu , " encik boleh tak bagi saya dulu . flight saya nak gerak dah ni "  orang tu cam taknak . dia kata " flight saya pukul 1.40 ni . " sambil nak nangis aku cakap . " flight saya dah nak gerak dahhh !! " orang tu pun bagi . aku cakap kat staff airasia ..tp puas merayu staff tu taknak bantu . dia cakap kena beli tiket baru yang mahal . pastu dia marah aku . " yang awak ni apesal tak masuk2 flight lagi " aku cakap aku tolong kawan aku . sebab bote ni jenis yang supercool punya orang . apa pun yang berlaku dia cool je . aku yang gelabah nak nangis . bila dah tau tak boleh buat apa2. aku pergi kat bote sambil nak nangis .dia relaks je cakap ,"takpelah",, heyy takkan takpe , dia dtg dari perak , datang awal sehari kot . takkan nak balik perak cam tu je . kitorang dah lah student yang tengah cuti sem . mana ada banyak duit . bawak duit nak jalan je sikit2 . pastu aku cakap " takpe2 , ko jangan risau, macam mana pun aku akan belikan tiket ko ,,tapi ko tunggu tau " dengan muka tahap paling risau aku penah buat . dia kata ok je ., aku lari masuk gate kastam , check barang pastu teruskan lari . dekat KLIA2 ni pulak . nauzubillah . turun je dr check up kastam tu ada tangga. tangga tau bukan escalator . aku pun turun dengan berlari2 .. time ni aku sorang .ika dengan abe dah lari masuk awal2.. taktahu macammana abe boleh lepas . masa kat tangga tu .. tengah lari2 aku jatuh 3-4 anak tangga.. yaAllah , tuhan je tau sakitnya .. tapi aku kena teruskan perjalanan sbb takde sape nak layan sakit aku tu . gate J ke kiri, K ke kanan . so aku terus pegi K .. ya ALLAH . kena mendaki pulak . aku dahlah dah berapa tahun tak berlari macam merentas desa , dalam keadaan baru lepas jatuh . dengan saiz badan aku yang boleh tahan debabnya . aku berlari tak pandang kiri kanan .. Jauhnya gate K22 tu . gate paling last . xde org yang aku nampak sepanjang laluan aku selain 2 orang bangladeshi yang tegur aku .."KOTA KINABALU ? " aku angguk dia cakap " LARI2!! " dalam hati aku memang dah geram dengan orang ni . dahlah aku semput berlari suruh aku berlari lg.. aku tak peduli teruskan lagi larian aku yang semakin lemah . time tu abe call . dah tak mampu nak cakap . aku semput gila time tu .. lari lagi nampak kelibat abe ngan ika . aku jerit "IKAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" macam nak nangis dah . tapi tak sempat bual aku jerit kat abe " KO TAK BOLEH NAIK FLIGHT , CARI BOTE ! NANTI AKU BELI TIKET KO YG LAIN " aku terus lari dengan ika . akhirnya jumpa gate K22 dengan 2 orang stewardess , aku dalam semput cakap kat stewardess tu. "kawan saya ada lagi 2 orang ..tgh lari ,tunggu sekejap ye " padahal aku tak tahu pun asyhraf kat mana .. stewardess tu kata dia bagi 1 minit je . aku masuk flight cakap lagi dengan ketua pramugara . kali ni pramugara tu ok . dia kata dia tunggu lagi 10 minit .  aku mcam nak pengsan duduk dekat seat . dalam 3 4 minit nampak bayang arif kemudian asyhraf .. legaaaa.. kami terus mengadu semua cerita pada asyhraf. sementara nak tunggu flight tu berjalan ke runwayy aku try beli tiket baru . tiket airasia mahal dah time tu 5ratus lebih rasanya . kalau dua orang dah seribu . pastu terus aku cakap kat arid, asyhraf n ika  .. kita share duit beli tiket baru untuk diorg boleh ? ddiorg setuju . tapi tak sempat beli sbb dah kena off hp . 

2jam lebih perjalanan akhirnya kami selamat landed di negeri di bawah bayu , sabah. sampai dekat airport terus kami transfer duit dekat abe and suruh diorg pergi KLIA naik KLIA ekspress beli tiket MAS , murah sikit dr AirAsia tadi . seorang RM385 . tapi flight diorg pukul 10.10 malam . bermakna abe akan tambah masa menunggu di airport dari 8 pagi ke 10.10 malam . bote pulak terpaksa berbuka puasa dengan waktu semenanjung jugak.. tergelak pulak fikir balik.  tapi nasib baik diorg okay . erkkk OK betul2 ke tak tak tahu lah .. hehe .

Serious macam drama .Alhamdulillah .. sahabat2 aku tak marah sebab salah mereka jugak sebab tak check . aku pun kabut sangat sbb sehari sebelum fly baru aku confirm nk pegi dan pagi tu baru check in dengan kelam kabut .  


Sebelum : Happy je .. siap membahan kami lagi .


Selepas ditinggalkan : HAHAHA
pengajaran : 

#sila check in awal dan check balik boarding pas 
#datang awal dan terus masuk flight bila gate dah open . sbb terminal KLIA2 sangat2 besar dan jauh jaraknya .



to be continue..

Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip