Monday, December 24, 2012

Adobe After Effects ?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang

Allahumma solli ala Muhammad , Ya Rabbi salli alaihi wassalim


Semalam tak nampak matahari pun. sebab duduk rumah tak keluar-keluar . huhu Bukan selalu dapat peluang duduk rumah Mak di hari Isnin yang selalunya bluess.. ^_^. Cuti-cuti ni aku amik kesempatan untuk luangkan masa dengan anak-anak buahku. Selalunya aku balik weekend . Mereka pun weekend la baru dapat berjalan-jalan ngan mama papa mereka . Alhamdulillah cuti kali dapat jumpa semua anak- anak buah dari Diya sampai la Jannah . Alhamdulillah .. merasai nikmat bahagia berkeluarga . thank You Allah .

gambar curi-curi untuk mengekalkan keikhlasan beliau ..hehe

Selain melayan dan membuli mereka . Aku pun mencari lah kerja-kerja yang boleh mendatang manfaat suatu hari nanti .. hik3 . lepas siapkan proposal academic visit untuk subject TPT .. tetiba terbuka folder tutorial adobe after effect .. Aku pun cuba-cuba lah ikut2 tutorial tu .. mana tau satu hari nanti nak kena buat montaj ke untuk kelab ke untuk apa-apa .. kalau ada kemahiran kan mudah .. orang kata ..Manfaat untuk orang lain.. hehe 

Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (al-Qudha’i)

rupa-rupanya . tak lah semudah mana nak buat montaj  gunakan after effects.kalau kita betul-betul xde basic. agak stress jugak la . hehehe Tapi kalau dengan usaha yang bersungguh-sungguh takde yang mustahil kan..macam ada dalam satu hadis ni 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)
sebenarnya tak siap habis pun montaj yang aku cuba buat tu .. sebab ada beberapa tugas yang kena aku buat semalam. Tapi aku berazam nk jugak siapkan montaj tu..Doakan ye kawan-kawan .. rasa-rasanya kena duk depan laptop ni seharian kot baru boleh cekap sikit . hehe . kalau ada sesiapa yang hebat dalam AE ni boleh la ajar-ajar eh . InshaAllah kalau siap project AE aku. bolehlah share kat blog ni .. ^_^

ni antara hasil awal angan-angan ku . heheh

#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

Sunday, December 23, 2012

Bertaqwa kah kita ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang ..

Selawat dan salam buat kekasih , Nabi Muhammad S.A.W

Pagi ini, Selepas subuh..Aku ambil kesempatan masa terluang dengan cari kerja-kerja rumah yang boleh aku bantu, selain menyelamatkan diri dari tidur semula lepas subuh .. Akhirnya aku ambil keputusan untuk lipat baju sambil tengok tv. Dua dalam satu .. kih3 .. kita kena pandai menguruskan masa.. ececeh .bak kata Imam Hasan Al Banna

“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”
Pagi-pagi morning ni, channel paling bermanfaat mesti channel oasis,alhijrah .. tapi aku dah jatuh hati dengan Tv Alhijrah . so pilihlah 114.. Program yang tgh disiarkan ialah program Madrasah AlQuran .Harini mereka taddabur surah An-Naba' Ayat 31-40.. Surah pertama dalam Juzu' Amma ( fuhh teringat kem Tahsin) huhu ..

antaranya ;
“Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertaqwa itu mafaazaa.”(Q.S. An-Nabaa: 31)
mafaazaa yang membawa maksud menang atau kemenangan .. okay aku takdelah hebat sangat untuk membicarakan tafsir-tafsir quran . cuma nak kongsi pengisian program pagi tadi . untuk anda yang membaca dan jugak untuk aku, mungkin untuk refresh suatu hari nanti .



Taqwa




Murobbi bertanya pada syabab yang menjadi panel dlm prog tu .
Apa itu Taqwa ?
Jawab seorang daripada mereka. orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya ..
sungguh itu la definisi sebenar taqwa.. Murobbi tersebut turut menyampaikan bahawa ayat2 ini menceritakan tentang nikmat balasan baik kepada orang yang bertaqwa .. Allahurobbi .. Indahnya SyurgaMu ..
Mampukah aku menjadi sebahagian dari mereka yang memperoleh nikmat balasan baik dari Allah . T.T Semoga Allah memasukkan aku kedalam golongan yang bertaqwa . Aamiinn yaAllah .

Murobbi menerangkan lagi orang yang bertaqwa adalah , orang yang melakukan kebaikan secara terang-terangan dan secara sembunyi-sembunyi .. maknanya didepan orang pun dia buat baik , belakang orang pun dia buat baik . bukan cuma mentaati perintah Allah masa kat depan orang je.. bila xde orang kita tak buat baik , malah mlakukan kemungkaran. kalau macam tu mengejar pandangan manusia namanya , bukan redha Allah .

Murobbi tu menambah lagi . antara nikmat-nikmat syurga nanti adalah kebun2 anggur dan gadis-gadis perawan. Nikmat yang tidak boleh dibayangkan akal fikiran . Kalau masih boleh dibayangkan maknanya belum sampai nikmat syurga.SubhanAllah . hebatnya Allah . :").. dalam surah al-Insan pun ada bagi tahu yang terdapat juga teruna-teruna yang tampan di syurga nnt untuk wanita-wanita yang bertaqwa..bukan lelaki je dapat bidadari , perempuan pun dapat bidadara . hik2 ..

Hebatnya syurga milik Allah kan .. Jom kita perbaiki amalan dan perbuatan kita, mudah-mudahan anda dan saya dipilih Allah untuk menjadi ahli syurga ..Aaamiiiin ..


#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip
  Maaf kalau ada silap dan salah. saya hanya hamba Allah yang banyak berbuat dosa

Jaulah Usrah KPTM

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Assalamualaikum .. 

Allahumma solli ala Saydina Muhammad,Wa 'ala alihi wasohbihi wassalim 

Alhamdulillah, 15 | Disember | 2012 lepas , aku dan adik-beradik usrah, sepupu-sepupu usrah , mak-mak usrah akhirnya berjaya melaksanakan rancangan kami , Jaulah ,yang dah mula rancang waktu kami semua semester 5 lagi .. Rancangan awalnya , hanya usrah kami (Usrah Kak Yanti) yang akan berjaulah ke rumah adik beradik usrah kami .. Tapi Allah lah sebaik baik perancang.. 

sesi Jaulah kami disertai dengan satu lagi usrah dibawah kekma + Kak Su dan Kak Hajar ( Naqibah senior) 
yang akhirnya , jadi lebih molek dan meriah . Dan takde rezeki kami utk menziarah satu pun rumah adik beradik usrah kami.termasuk rumahku yang cancel last minit atas beberapa sebab yang x dapat dielakkan . nasib baik rumah kekma masih satu daerah dengan rumah aku .. 

Terima Kasih Kak Husna buat poster ni ^_^

Pengembaraan Jaulah kami bermula disini .. 

cop cop..kepada yang tahu apakah jaulah tu .. Maksud jaulah tu berjalan jauh-jauh bak kata Kak Hajar..heh
ok sambung ..

Aku ,ika dan kekma dah ada kat banting ,, dan yang lainnya bergerak dari bangi . Tentatifnya bermula dengan sesi taaruf dan sarapan kat rumah sewa aku , di garden homes. Pukul 9.30 pagi aku n eka dah sampai gelanggang futsal , Olak Lempit . Kak Yanti suruh gather kat situ .Tapi lepas call nani , diorang kata mereka baru nak gerak . So dari membazir masa amalan syaitan dalam kereta , aku n ika pun tunggu la rombongan dari bangi sambil bersarapan di kedai makan berhampiran .. kami order roti canai ..( ceh konon2 nak minum je) .sesampainya roti canai atas meja .. Nani call dah nak sampai . erkk .. aku n ika pun makan la roti canai tu macam nak masuk pertandingan makan .hikhik ( dont try this at home). Akhirnya , berkumpullah kami kat 
shell olak lempit. rupanya kena tunggu kekma untuk sama2 konvoi ke rumah seorang makcik - menurut kak yanti la .. hehe .. 

rupanya kami semua dibawa ke rumah makcik yani . makcik yani ni super senior usrah IKRAM la . sebelum ni beliau lah yang menguruskan Baitul Muslim IKRAM ( ^_^) . salah satu hasilnya ialah.. kak yanti and suami .. hehe .. Makcik Yani sangat lah cool ... seronok dengar pengisian dari dia.. Mantap.. kata2nya kadang-kadang tertampar ke pipi . hikhik.. tapi bile dia cakap pasal baitul muslim je .. mesti ika,pika, nani ,dandan jeling-jeling manja kat aku . haha .. >.< .. Best part adalah RAMBUTAN n PULASAN dekat rumah Makcik Yani sangat sedap.. hehe makanan pun sedap ;p

Alhamdulillah journey bersambung ke Kg Sg Kelambu . Rumah KekMa.. 
yang kelakarnya, waktu tengah tunggu yang lain utk siap sedia solat zohor berjemaah , aku ternampak gambar family kekMa , err macam kenal je ayah kekMa ni .. rupa-rupanya ayah KekMa and abah ku Officemate.. 
Dekat rumah KekMa kami bertaaruf dengan mak kekma , Makcik Aisyah yang juga supersenior Usrah IKRAM .Makcik Aisyah pun awesome.. cerita-cerita dan pengajaran yang sangat baik . Mee Kari adik KekMa sedap .. haha .. 

Lawatan ke kilang kerepek Fazz pulak . diorang shopping sakan , aku, kekMa n ika buat  rileks je sebab dah biasa.. heheh .. Destinasi terakhir ialah .lokasi wajib pergi bila sampai banting ..Pantai Morib ... Solat Asar kat surau yang luas + bersih .. hehe .. lepas tu ada sesi pengisian dari kak Hajar .. tentang ukhuwah .. wahhh .. sangat tersentuh .. antara pengisiannyaisiannya 
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. [alhujurat : 10] 
Lepas tu semua bersurai ..Allahurobbi .. bersyukur sangat dapat peluang berjaulah kali ni .. walaupun jauh dari rancangan awal kami, Moga ukhuwah ini tidak berakhir disini .. dan Harapnya ini bukan yang terakhir ..

Terima Kasih ALLAH..

 dirumah Makcik Aisyah n Makcik Yani 
Kak Hajar | Fazira | Kak su | Nina | Ain | Umairah | Pika |Ika |Jida | Nani | Dandan | Mia | Kak Yanti

 Pengisian bersama kak Hajar di Morib

Rumah Makcik Yani yang cantik 


we are sisters 

LOVE kamu semua
pilihlah untuk berUsrah | its awesome

#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip 

Monday, December 10, 2012

Dugaan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum ..

Harini  Allah beri sesuatu .. Ujian ..
Syukur Alhamdulillah ..semoga ada sesuatu nikmat menanti , :')


Ya Allah .. permudahkan urusanku .

sahabat .. doakan aku ya ..

rindu beg duit saya :'(

sanah helwah ekin siri 2

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbt

ayuh selawat

Sambutan hari lahir tak berakhir malam itu sahaja .
Pagi 5 disember tu , aku tengah bekerja sbg fasilitator kem pemantapan diri ,
lagiiiii terharu .aku dapat 2nd ..cake kat sini .

sedihhhhhhh bila diorang nyanyi lagu selamat hari lahir (aeman)
nak nangis tapi ala-ala cover sebab ramai budak2 .. hahha and simpan air mata untuk 8hb .. closing kem .. haha
surprise juga bila konon2 ibu panggil semua fasi masuk dalam dewan .. aku pun masuk la dewan dari dapur dengan cemasnya .ecehh...jeng3 .. Allah selamatkan kamu ..Allah selamatkan kamu .. Allah selamatkan ustzh ekin  .. Allah selamatkan kamuuuu... sayaaa sangatt maluuuuuu tahu... hehe..

sangat2 terima kasih kepada semua fasi2 , peserta ..untuk doa kalian .. terharu . sejujurnya saya x mengharap langsung sambutan ni dibuat .. cukup sekadar doa .. ya Allah doa yang sangat2 saya perlukan . kerana dalam ramai2 orang mustahil Allah tak makbulkan seorang pun dari mereka kan ,..lagi2 didoakan dalam pusat pengajian AlQuran yang penuh barokah wa rahmah . InshaAllah . :')

syukran
Jazakumullahu khairan kasiran semua ..

gambar credit to asyhraf photography

Sanah Helwah Ekin

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang 

Assalamualaikum wbt .

Ayuh selawat .

5 Disember 2012 genap aku berumur 23 tahun ..
Alhamdulillah .. Allah masih sudi beri aku kesempatan merasai nikmat hidup .. 
Makin bertambah usia bermakna makin dekatlah diriku dengan kematian .

Doakan semoga aku dikurniakan sifat2 mahmudah , bertambah ketaat kepada Allah taala, jadi anak yang solehah ye dan seterusnya dapat menikmati nikmat syurga satu hari nanti .. Amiiinn  

Tahun ni , tarikh ulangtahun ini aku ada kat bangi .. 
kalau sambutan ulangtahun macam biasalah mesti ada surprise ..

surprise yang mula2 nya hampir kantoi . 
tapi mereka ni bijak .. tukaqq plan .. hehe 

layan gambar jom ..
 

housemates buat semua ni .. terharu tak ? mesti lahh terharuuu .. ececehh..


saranghae <3 p="p">


nikmat sahabat baik :')


style wajib ..hehe 


sesungguhnya bersyukur dapat sahabat seperti mereka . susah senang bersama . mereka sangat baik . walaupun aku  x berapa baik :( .. sedihhhhhh bila ingat kitrg dah nak berpisah ..ini sem terakhir . moga ukhuwah ini tak terputus sebaik habis diploma .. 

NANI . DANDAN . EKA . MEKJA . PIKA . CUHA .. 

i love u all fillah <3 p="p">

Tuesday, November 27, 2012

Kem Pemantapan Diri

Dengan nama Allah tang maha pemurah lagi maha penyayang 

Assalamualaikum 

Selawat ke atas nabi Muhammad saw

Alhamdulillah .. cuti semester kali ini rupanya tidak terbuang dengan menonton tv dan tidur je .. 
selepas hampir 3 minggu dapat berehat kat rumah .. dapat panggilan , tawaran menjadi fasilitator kem pemantapan diri , anjuran Tahsin Tilawah Bestari .. Allah sangat besttt !! Dia bagi aku peluang yang sangat baik .. bukan saja dapat berkhidmat .. secara x langsung , aku pun tertarbiyah ... Syukur .. cantik aturan Allah ;)

Buat kesekian kalinya .. bekerja bersama kanak2 .. sebelum ni di sekolah rendah , sekolah menengah dan tadika .. kali ni di Tahsin pulak .. Tahsin tilawah bestari ni sebenarnya Pusat Pengajian AlQuran swasta tempat aku n kawan2 lain talaqqi .. Mungkin dah memang rezeki nak jadi pendidik je kan .. hehe .. kat rumah didik anak2 buah pulak .. 
Gambar dicilok dari asyhrafphotography  .. ampun asyhraf [ kalo terbaca ].. hehe ni promotion !
Permulaannya .. takut n gabra jugak lah . sbb selalunya mengajar conventional je kali ni islamic pulak .. ish ..aku ni ilmu dah la cetek .. tapi kena la jugak sahut cabaran ni ,, bukan snang dapat peluang macam ni .. mengajar sambil belajar .. seriously aku rasa lebih banyak belajar dari mengajar . hik2 .. 

Banyak kesilapan2 yang baru tersedar .. kalau dulu tak hafal doa itu , doa ini .. dalam kita tasmik peserta kem .. kita pun dah boleh hafal .. seronokk .. ini cara Allah nk bg aku refresh ilmu yang dapat zaman sekolah rendah agama dulu .. dulu sekolah agama pun salu ponteng .. ini lah hasilnya . hehe ..Tapi apa pun Alhamdulillah .. 

cop ..copp.. nak cerita sikit .. tanpa dirancang .. anak buah aku .. Amy [ who is daughter of my cousin ] pun join kem ni .. mula2 nampak dia bosan je . sebab kem ni campur kanak2 dari 5 tahun sampai 16 tahun .. and Amy is 15 .. dia bosan lah kot sebab most of peserta , budak sekolah rendah . tapi aku tetap berdoa yang dia boleh terima suasana ni . sebab yang penting ilmu yang dia dapat . lepas sesi tasmik .. Amy diletakkan dalam kumpulan 3 , di bawah fasilitator Ustazah Hatijah .. Dia kena hafaz surah yassin dan Juzuk Amma .. Sentiasa doakan dia dapat habiskan hafazan sebelum majlis penutup nnt .. dann .. Tolong doakan dia terus istiqamah dalam mengamalkan apa2 yang dipelajari kat Kem ni .. Jazakumullah kpd yang doakan .. hati hati kita kan Allah yang pegang , Moga Allah sentuh hati Amy .. :)

She is Amy ..







Aku pulak diamanahkan jaga kumpulan 5 .. bacaan iqra' .. kebanyakkan mereka berumur 5-8 tahun ada seorang je 12 tahun . special kes .. :) .. mereka sangat comel .. walaupunnn .. aktif nauzubillah .. biasa lah budak2 kan . kalau duk diam je bukan lah kanak2 kann .. hihi .. seronok .. belah pagi aktiviti bacaan quraan , iqra dan sebagainya ,, sebelah petang pulak , fardhu ain .. fyi , ini ada kem harian yang bermula 8 pagi - 5 ptang..  Bestt kann . xperlu berjaga sampai malam . hehe .. program ni sangat mengutamakan sunnah nabi Muhammad saw. cthnye , makan dlm talam, duduk sunnah , solat dhuha , solat rawatib, solat jemaah .. selawat dan zikir sentiasa di bibir .. SubhanAllah . indahkan percutian kali ni . 

and lagi best part .. kebanyakkan fasi2 adalah kawan2 aku juga .. xpayah la type nama mereka kat sini .. dah jemu .. haha,.and dapat kawan baru jugak .. aisyah , shahariah , kak sharnaaz , ust hatijah , ust amir , Taj  and mungkin bertambah lagi ,, 

oh itu je lah nak kongsi .. hehe ... kepada student2 yang tengah cuti sem ni , cari la keja2 part time yang macam ni .. seriously best .. dan bermanfaat .. paling penting penuh dgn tarbiyyah ,.




Monday, November 12, 2012

Hijrah saya

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari kita semua akan berubah kalendar Islam .. selamat tahun baru hijrah 1434 H ..
Semoga segala amalan kita sepanjang 1433H diterima Allah swt dan segala dosa kita diampunkan Allah yang Maha Pengampun.. dan juga.. Semoga kita akan menjadi hambaNya yang lebih baik, beriman , bertaqwa kepada Allah untuk tahun hadapan dan istiqamah sehingga hari Akhirat..

Post kali ni kita share tips2 Hijrah Diri ke arah yang lebih baik ..


Gambar ni aku copy je dari facebook Ustaz Don 
Nampak sangat menarik untuk dikongsi ..

InshaAllah aku perjelaskan lagi sikit dekat blog ni 

#1. Niat kerana Allah swt
- yang ni paling penting ..sebab tujuan utama kita berhijrah adalah untuk meraih redha Allah kan.. bukann    kerana pasangan , bukan kerana nak orang puji..kalau rasa-rasa niat dah mula nak terpesong. istighfar dan reset niat .. Allah Allah Allah .. Semoga Allah redha .. 

#2. Letak target Hijrah kita ..
  - Cadangan .. buat la satu jadual ke, nota ke ..kat tempat kita salu tengok .. supaya kita selalu ingat target kita .. cthnya  : Solat Awal waktu , check pakaian tutup aurat sebelum keluar rumah , Solat Dhuha , Tahajud 

kalau bulan ramadhan boleh buat camni .. hehe

#3 Mencari suasana atau rakan yang baik .. 
  - one word ! USRAH .. paling terbaik .. jom ikut usrah .. InshaAllah dengan usrah mesti kita boleh jumpa kawan dan suasana yang baik .. 


#4 Bersabar dengan cemuhan 
 - kalau kita mula-mula berhijrah.. orang cemuh2 , kutuk2 , perli2 ni perkara biasa ..Ayat biasa 
 "ko ni dah macam ustazah " . " assalamualaikum ustazah pilihan" .. " alamak imam muda datang "..
 tapi banyakkan bersabar ye kawan2 ..husnudzon dengan mereka.. aminkan kata2 mereka .. mana tau dapat jadi ustazah atau imam muda   betul2 .. sejuk perut omak den . kan.. hehe 

#5 Berdoa kepada Allah 
- Allah kekasih kita  sangat sweet .. awak mintak la apa saja kat Dia .. mesti Dia bagi.. Awak mengadu lah apa sahaja kat Dia . mesti Dia dengar dan tenangkan awk .. sweetnya Allah >.<.. Doa la supaya kita boleh istiqamah dengan hijrah kita ni .. 

alahai comelnyaa dia .>.<

Semoga kita semua dapat manfaatkan tips2 ni ye .. 
Yang Baik semua dari Allah , yang silap itu saya .. Tegur saya kalau salah ok ..peace .. 
Love Allah , Love Muhammad ... [ teringat piere andre kat ASK.. chaiyok bro piere ]



Wednesday, November 7, 2012

Result UiTM sesi Julai 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

Sekarang ni kebanyakkan student diploma UiTM mesti tengah sedang seram sejuk menanti keputusan peperiksaan akhir sesi lepas ..

Mesti ada yang tak lena tidur , tak kenyang makan hehe.. InshaAllah keputusan dijadualkan akan diumumkan pada 9hb November 2012 .. bermakna jumaat ini .. Didoakan semua keputusan yang kalian terima dapat menggembirakan hati , menenangkan fikiran kerana ianya pasti dan pasti yang terbaik untuk kalian ..
Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik.. =)

Jika baik keputusan kalian .. Tahniah diucapkan.. Usaha terbalas.. ingat jangan pernah lupa diri , panjatkan kesyukuran pada Tuan Empunya segala NIKMAT.. Dia Maha Pemberi dan Maha Mendengar Doa kita .. =)

Buat yang tidak memperoleh keputusan yg tak seperti diinginkan .. juga jangan lupa bersyukur.. tentunya Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik .. Bersangka baiklah dengan Dia.. :)

Apa-apapun , minta doakan yang terbaik untuk saya juga ye =)



Sunday, November 4, 2012

Hijrah ?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum ..

Sebelum kita mula entri kali ni .. Jom kita istighfar dan selawat

Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim ..

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadinni Nabiyyil Ummiyi Wa’ala alihi Wasohbihi wasalim …

Malam-malam hujan macam ni .. memang seronok duduk dalam bilik ..
Nak pulak dah selesai isyak.. hmmpph.. Memang syok kalau dapat tido awal kan .. hehe .. macam ni lah student IPT kalau cuti .. Tidoo aktiviti yang paling banyak dilakukan sepanjang 24 jam..hehe.
Haa.. Tapi sekarang ni tengah hujan kan [Banting 2045 04112012].. Jom kita tadah tangan
Allahuma Soyyiban Nafi’an
Ya Allah , Turunkanlah Hujan yang bermanfaat
Aaamiiinn ya rabb .. =)

Malam ni nak update sikit pasal hijrah ..


Kebetulan siang tadi tengok talkshow Assalamualaikum kat TvAlhijrah.. Slot yang terakhir pagi tadi ialah Slot : Hijrahku .. tetamu jemputan dia , penyanyi  remaja bersuara unik .. Shila Amzah .. aku pun suka jugak suara dia .. hehehe

Alhamdulillah .. Shila ada kongsi pengalaman hijrah dia .. Antara sikit nasihat atau pesanan dia kepada orang diluar . “kalau dalam hati kita dah terdetik nak berubah kearah kebaikan, jangan kita tangguh-tangguh , sebab mungkin ada sesuatu yang buruk akan dtg’ .. itu pesan Shila, berkaitan dengan pengalaman yang dia sendiri hadapi..


Syukur Alhamdulillah .. seorang lagi selebriti Malaysia sudah kembali kepada fitrah ( sebelum ni Diana Amir , Farah Ashikin , Raja Farah , Natasha Hudson , Irma Hasmi , Norynn Aziz andd ramai lagi ).. walaupun mungkin segelintir daripada kita sibuk mengomel tentang selebriti2 atau sahabat2 kita  yang berhijrah ni sebab trend la , bertudung kerana fesyen la tapi bg aku , kita sekurang-kurang menghormati niat diorang yang ada keinginan kepada kebaikan.. Cara manusia berubah mungkin lain-lain, kita hormat cara dan pendapat mereka.. Kan lebih baik berbaik sangka.

kalau benar ada yang mereka lakukan itu benar-benar terpesong dari  akidah , kita tegur atau sampaikan apa yang benar tu dengan cara yang betul .. [ cari dan fikir cara terbaik ].. dan mungkin cara yang berkesan , Doakan kebaikan mereka ..Power of Du’a kann .. J

Eh.. eh .. tetiba pulak .. hehhehe

pictures credited to Insaniah Photography

pictures credited to Insaniah Photography


pictures credited to Insaniah Photography



notakaki : semua diatas adalah pendapat peribadi saya .. jika ada salah silap .. harap maaf , dan sama2 la berkongsi ilmu . tegur jika saya salah ..=) 

Saturday, November 3, 2012

The power of Du’a




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Assalamualaikum ..

Ewahh ..Ekin update blog lagi .. hihi ..Alhamdulillah cuti semester ni , Allah beri peluang dan masa yang banyak untuk aku buat banyak perkara yang jarang mampu aku lakukan bila kuliah dah mula ..

Contohnya , Alhamdulillah dah selesai baca novel islami, Cinta High Class karangan Dr Farhan Hadi dan isteri , Ustazah Fatimah Syarha.. seorang penulis dan pendakwah yang sangat aku kagumi kerana Allah .. Alhamdulillah pernah beberapa kali bersua muka dengan Ustazah dan sekali dengan Dr. Farhan .. SubhanAllah .. Ustazah Fatimah seorang yang sangat lemah lembut , dan langsung tak sombong .. melayani kami ( aku & rakan2) yang sibuk sangat nak bergambar sewaktu beliau sedang makan .. tutur katanya tersusun , suaranya lembut tapi penyampaiannya sampai ke hati .

Eh , cerita pasal Ustazah Fatimah Syarha pulak ..

Back to the story .. selain dapat habiskan bacaan2 buku .. [ jap..jap .. entri lepas Ekin ni cakap dia tak suke membaca kan .. ehem3 .. sebenarnya aku sudah mulai mncintai buku sejak beberapa bulan yang lepas.. tp baru berjinak dengan bacaan yang ringan.. ^_^ .. AlQuran paling favourite ]. Okay menyimpang lagi ..hehe .. okay , selain membaca .. aku dapat jugak melaksanakan hobi dulu , kini dan selamanya ku .. iaitu … memasak .. yeayy .. Alhamdulillah …

Memasak pun boleh jadi satu ibadah jugak, contohnya .. tolong ringankan tugas mak , khidmat sesame manusia.. Mak, Abah,abang, kakak ipar , anak buah boleh makan makanan yang kita masak untuk jadi tenaga , supaya mereka pulak boleh beribadat.. Kalau ikhlas kerana Allah , inshaAllah jadi pahala kan .. J Kalau yang jauh2 ngan family tu , tak dapat masak untuk family , masak untuk roommate, housemate pun boleh .. tak kisah sesimple mana pun masakan anda , kalau ikhlas kerana Allah .. mereka mesti suka dan Allah pun suka… =)



Power  of Du’a

Alhamdulillah, thanks to Allah ..

Sebelum bermulanya cuti semester  haritu .. aku dan sahabat2 yang lain telah selesai menjalani final exam untuk semester  5.. untuk semester ini , cume 4 course sahaja yang masuk final .. satu lagi subject  100% assessment in a class ..

Seperti musim-musim exam yang lepas , aku  mesti tak terlepas diuji Allah dengan ujian2 yang hebat.. Alhamdulillah kesemuanya kulalui dengan izin Allah .. Dugaan untuk semester ini berbeza dari semester-semester yang lepas .. tapi sekali lagi syukur .. Alhamdulillah , dengan izin Allah juga,Doa-doa dari Mak , Abah , family , Sahabat  n Pensyarah.. semuanya berlalu dengan tenang ..
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya [ QS .AlBaqarah:286 ]

Aku terima ujian-ujian Allah ini , kerana aku yakin pasti ada sesuatu yang lebih hebat Allah aturkan buat aku.. diwaktu tiada lagi daya .. aku Cuma mampu berdoa , mengadu pada Allah .. kerana Dia Maha Mendengar … Yakin itu ..

Percayalah doa itu benar-benar senjata orang islam .. aku menjawab kertas terakhir final hari tu dengan sangat lancar .. siapa sangka .. minggu yang penuh air mata tu , berakhir dengan sesuatu yang langsung tidak membebani aku masa aku menjawab kertas tu .. Aku tak berani cakap banyak2 sebab result pun tak keluar lagi .. tapi apa yang aku cube tekankan ialah .. Kuasa Doa itu.. membuatkan aku merasakan Allah mmg benar-benar sedang membantuku .. Allahu Mustaan .

Aku mungkin tak tahu nak ekpresikan rasa tu dalam bait-bait tulisan ni .. tapi yakin lah ..
Berdoalah .. 

Allah lebih suka kepada orang yang meminta, merayu dan bersandar hanya kepadaNya, daripada orang yang sombong ( tidak berdoa kepadaNya) .

Berdoalah dengan sesungguhnya, dengan rasa yakin setiap permintaanmu akan ditunaikan oleh Allah.Jangan meragui Allah swt.

 

Thursday, November 1, 2012

melentur buluh dari rebung ^_^


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum ..

Setiap kali nak update mesti rasa nak tulis " eee.. lamanyaa tak update blog " hehe ..
tapi kalau dah jarak setiap entri memang berbulan lamanya .. dah tak dikira lama dah .. rasanya, aku macam dah hilang skill menulis ..
eh ..sebelum ni ada ke skill menulis ? oh tidak .. haha.. aku  memang bukan penulis yang bagus ..ini adalah kerana , eceh ..
kurangnya amalan membaca .. hehe to be honest ..aku tak berapa rajin membaca unless perkara tu memang perlu sesangat untuk dibaca ..keh3

Bukti aku sudah tiada skill eh memang takde skill menulis , ni lah . blog tak update , jarang update status dari idea sendiri (share & copypaste banyak le)
hehe.. itu menulis atau menaip la .. tapi kalau bercakap .. emm non stop pulak .. hihi ..

okay .. banyak nya membebel ..

since dah lama tak update blog . ini mesti satu entri yang panjang [ boleh caya ke ? ]

cerita mendidik.( Ala-ala ibu-ibu pulak )

aku ini dilahirkan agak suka terjebak dalam bidang pendidikan ni.. eceh.. hehe..
so apa yang aku dapat , aku suka share balik pada semua ..
langkah awal menjadi pendidik , sebelum mendidik anak-anak aku ...aku rasa bertanggungjawab mendidik anak-anak buahku..
masa cuti study week ( err.. study week tu cuti ke ? ) aku ada balik ke rumah banting beberapa hari ..
waktu siang , kebanyakkan anak buah aku tinggal kat rumah mak , yakni lepas balik dr tadika ..

perkara yang selalu aku didik mereka ialah solat.. walaupun mereka baru berusia 3-5 tahun .. tapi aku suka biasakan mereka dengan
suasana islam, biasakan budak-budak dengan ibadah-ibadah .. hmm .. maaf ckp , kadang-kadang orang dewasa selalu melarang adik-adik kecil  dari kawasan kita solat ,
menyebabkan adik-adik ni tak terbiasa dengan solat.. so , bila dah besar .. diorang mungkin rasa berat untuk solat ..
ini pendapat aku la .. bukan ke , kalau kita nak melentur buluh biar dari rebungnya..  makna kata , dari adik adik  ni kecil kita dah kena biasakan ..
bukan bermaksud nak menjadi terlalu tegas , smp tahap memaksa adik adik yang belum wajib utk kerjakan solat .. cume biar mereka tahu yang solat tu penting..
dari kecil mereka lihat orang sekeliling mereka melaksanakan perintah Allah .. bila diorg tak buat . mungkin diorg akan rasa janggal.

Mendidik biar dengan perbuatan . maknanya, praktikal .. kalau kita asyik beri arahan , tapi kita sendiri tak melaksanakan .. rasa-rasa orang yang nak kita didik tu nak ke buat ?
bukan dari segi solat je .. macam- macam, cthnya tutup aurat ,sedeqah, bercakap yang baik-baik .. kadang-kadang tak perlukan arahan ..cuma biasakan perkara yang positif depan adik-adik kecil..

mula-mula kita ajak le mereka .. umpan mereka dengan cerita-cerita keindahan syurga , nikmat syurga ..
cth ayat aku pujuk anak buah aku solat  :

acu          :nana , yaya ! sape nak masuk syurga yang boleh mintak apa-apa saje dari Allah .. ?
mereka   : saya !!!
acu          : tapi kalau nak masuk syurga , kena ikut ckp Allah .. Allah suruh kita solat .. sape nak    solat??
mereka   : saya !!

syukur Alhamdulillah , anak-anak buahku ini dah ada sedikit basic2 ilmu agama dari mama ayah ,mama papa mereka .. so, kerja aku dah tak rumit ..
mereka dah tahu sebelum solat kena ambil wudhuk .. tapi.. kena la layan semua pertanyaan mereka yang melimpah ruah ni ..
contohnya :

lokasi : tempat ambil wuduk

nana nampak macam dah expert amik wudhuk , cuci pergelangan tangan, kumur2 , muka .. tetiba ..

nana : Acuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! lepas muka apa ?
acu   : tangan sampai atas siku .
nana : lepas tu ..

dan seterusnya .. asyik la lepas tuuuu .. lepas tuu .. hahaha , geli hati tapi seronok sebab dia semangat nak belajar ..

tiba waktu yaya pulak , okay yaya dah 6 tahun ,dah tadika islam.. mesti lagi okay ..acu pun pegi siapkan tempat solat .. tetiba pandang belakang .

yaya : acuuuuuu ... jangan la pegi mana-mana .. tgk la yaya amik wudhuk ..

hahahaha...tp dia okay .. cuma nak suruh tengok je .. hmm layankan je ..

lepas solat .. tanpa perlu diajar.. tiba2 mereka pun amik muqadam , and duduk mengaji sebelah acu ..
nampak tak ? kanak-kanak kadang-kadang tak perlu diarah .. cume praktikkan didepan mereka ..

sekarang ni alhamdulillah ..bila acu amik wudhuk je ,..dah ada yang ikut .. tapi kanak-kanak kadang2 dtg jugak malas dia ..
kena la pandai psiko sikit .. ^_^






Ini diya a.k.a yaya

Ini dania  aka nana =)

Semoga Allah jadikan mereka anak-anak yang solehah J

Monday, June 25, 2012

saya rindu jadi pemimpin section 1


assalamualaikum..

dulu ... ini sahaja la dunia aku dalam kptm .. section 1 .. merekalah keluarga aku di bangi .. tapi sejak menjadi aktif dengan aktiviti kolej .. tumpuan aku mulai bercabang.. tak pernah terfikir melupakan mereka.. sungguh.. aku sayang ukhuwah ini .. bukan aku tak gembira dengan apa yang aku ada sekarang ..

aku sedar kata-kata adik2 section 1 itu ada benarnya ..tiada lagi 'kak long' mereka tempat bergurau , tempat rujukan apa sahaja tentang aktiviti kelas , makan tengah hari beramai2..:')

siapa pun mereka .. aku tetap happy berkawan dengan mereka ... islam tak pernah menghalang kita berteman dengan siapa .. aku juga orang yang daif.. siapa lah aku ini di muka bumi Allah ..

sedih mengenang kembali tentang diri aku .. aku tak berniat sombong .. aku tak berniat memilih kawan .. mereka juga orang pernah memberi aku 'sesuatu' .. ilmu itu ada pada sesiapa .. tak kira manusia .. maafkan ku adik2 section 1...

maaf jika kata2 ku bukan lagi yang menyenangkan
maaf jika gurau kita tak lagi seindah dulu ..
maaf jika waktu kita makin berkurang ..

:')

section 1 dihatiku <3

ana uhibbukum, ukhti :)

kehidupan yang baru ini juga harapnya boleh beri aku manfaat untuk adik2 section 1..!

Thursday, June 21, 2012

assalamualaikum..

0122am | 22june2012 | bilik bawah | garden homes

minggu ke-2 semester 5 , pelbagai ujian sedang melanda.. hanya mampu doa hati ini , hati sahabat-sahabatku terus kuat ..

satu persatu ..

penat , lelah rasanya...

setitis demi setitis jatuh ke bumi .. bukan sahaja dari kelopak mata ku .. juga dari mereka, sahabat-sahabat ku yang turut merasa hancurnya hati ini ...

ini dugaan buat kami .. yang tak pernah termimpi..

namun aku yakin pasti Allah susun sesuatu yang jauh lebih baik buat aku dan mereka ..

buat mereka yang tak mengerti ..berhenti lah menghukum , berhenti lah berkata yang tak pasti .. penat..lelah.. menahan semuanya dalam dada ..

janji aku tak mahu buka cerita tentang dia ..

buat dia . berhentilah .. aku dan mereka sudah sakit , letih , lelah....

Friday, June 1, 2012

dominan otak kanan



Assalamualaikum..

Aku mmg bukan insan sempurna , ye..setiap dari kita melakukan kesilapan .. aku juga.. mohon maaf dari hati buat semua, mak abah , abang2, kakak2 , sahabat tercinta..

Aku ini orang yang baru belajar .. terlaluu banyakk sangat khilafnya... :(
tapi hati ni nak sangat belajar benda baru lagi2 perkara yang Allah redha .. tapi aku sedar aku ini orang jahil . banyak silapnya . tp yakinlah.hati aku niat hanya untuk Allah ..

disini , aku perlu kamu.. sahabatku. pendorong semangat.. kalau ada silap aku tegurla .. mcm yang kita janji.. tegur yang bagi jelas , supaya aku jelas, kamu juga jelas.. aku mohon .. jangan zalimi hati ni .. aku orang baru .,bimbang si "putus asa' datang menerjah .. sekali lagi aku tekankan , kalau benar ada silap ku dengan kamu semua.. maaf sangat2 .. sungguh itu bukan dengan niat untuk menyakitimu..kerana Allah swt aku menyayangi kamu semua...

Asif jiddan , klu ada yng rasa aku ckp tp perlaksanaan tidak seiring ..
mohon kamu bimbing aku :'(

terima kasih pada yang pernah menegur


#kaunselor kata saya dominan menggunakan otak kanan

Thursday, May 31, 2012

Tuhan , beri aku cinta



Assalamualaikum..

sebenarnya ini adalah minggu terakhir cuti sebelum aku dan yang lain2 naik ke semester 5 , tapi atas amanah n tanggungjawab ..aku dah pun berada kat bangi ni .. aku dan beberapa kawan lain terpilih untuk jadi fasilitator kolej untuk program orientasi pelajar baru sesi Julai 2012.. huuuhh..

waktu2 ni , Allah uji aku dgn nikmatNya, keadaan kesihatan yang kurang baik .. tapi aku kna jugak gagahi smp habis tempoh orientasi ni.. berdoa dan terus berdoa diberi kekuatan untuk teruskan semua ni.. dan moga Allah pelihara niat aku n kawan2..

Terpukul dengan kata-kata sorang sahabat yang baru aku kenal dlm orientasi ni .. " bukan saya taknak jadi orang baik kak , tapi saya takut jadi macam kawan saya tu, pakai dia elok dah .. tutup semua, tapi dia tak jaga attitude, tak jaga lidah .. sama jugak " .. bergegar hati aku dengar .. bukan marah kan dia .. aku akui apa yang dia rasa tu rasa yang sebenar dari hati dia .. dalam aku menerangkan pada dia tujuan tutup aurat sbenar.. hati aku pun berkata2 ... Allah SubhanAllah .. takut kalau aku jugak seperti tu .. malah mungkin lebih dari sahabat kpd temanku .. berubah itu mungkin payah, tapi istiqomah itu lebih payah .. cepat2 aku istighfar dalam hati .. :'(


SubhanAllah , Alhamdulillah , LaailahailAllah , AllahuAkbar

Wednesday, May 23, 2012

setitis dari kelopak mata

Assalamualaikum..

Ahlan ya rejab .. dah 2 rejab dah . maknanya ramadhan hampir tiba ..

Saat aku menaip post ni.. aku sdang diuji dengan sakit dari Allah ... terima kasih Allah ,
supaya aku lupa kejap pasal sakit .. aku memilih utk update blog ni .. :)

Tengahhari ni baru sampai dari bangi .. 3 hari menjalankan tugas kat bangi .. lepas rindu pada nani , dandan dan yang lain2 .. hari isnin malam ada meeting MPP .. everything goes well .. sir nasir n miss aida banyak ajar benda baru , protokol etc.. inshaAllah , ilmu tu aku akan manfaatkan :)

Semalam hari ulangtahun Abe yang ke 24 , moga Allah sentiasa liimpahkan rahmatNya keatas Abe, & sentiasa dpelihara dari fitnah..sahabat baik ku .. doaku sentiasa mengiringi :').
makan2 malam tadi ada Arif, Bayu , Asyhraf , Khai , Bote , Abe , Dandan n nani .. mungkin lagi.. sronok kalau ika sekali .. tp xpe lahh .. xd rezeki.
Happy Birthday Abe ..=)

Dalam aku meraikan sahabat baik aku tu .aku terfikir , banyak yng perlu aku baiki tentang diriku .. kami memang cuba menjaga batas pergaulan .. tapi benar2 terjaga kah ? bagaimana nilai wanita muslimah dalam diri aku yang aku idam2kan, berkurangkah nilai maruah wanitaku .. apa kah yang aku perjuangkan dalam diriku terlaksana .. aku akui , sifat ramah .." kakak - kakak" yang ada dalam diri mungkin sedikit menyukarkan aku untuk mengawal lidah , pergaulan .. :'(


Ya Allah , ampuni aku , jauhkan aku dari azab kubur, jauhkan aku dari azb api nerakaMU, jauhkan aku dari fitnah dunia.. aameeen ...

Aku mohon aku beri aku kekuatan dalam menjaga batas-batas diriku dalam bersahabat keranaNya ini . semoga Allah makbulkan doaku menjadi muslimah sejati .. :'(
walaupun aku kelihatan teruk dalam gambar ni .huhu..
muka hampir demam

ini sahabat terhebat ;')
semoga Allah melindungi mereka..


teman-teman yang masih tak jemu mengingati . Jazakumullahu khairan katsira..Alhamdulillah

Saturday, May 19, 2012

mencari tarbiyyah

Assalamualaikum ..

bila lama2 cuti . duduk rumah.. xde aktiviti macam majlis ilmu .. klu kat bangi tu ada la jugak nak ke majlis ilmu ke .. kalau kat sini . tak de geng sangat.. sahabat2 dah bekerjaya.. nasib baik masih ada facebook , sebaran ilmu ..jazakumullahu khairan katsira buat ukhti akhi yg x jemu posts tentang ilmu , dakwah dan tarbiyyah ..

aku jugak sangat sangat rindu kan usrah .. bulatan gembira kami .. walaupun aku masih baru dalam usrah bersama naqibah , kak yanti . tapi sgt terasa dalam jiwa.. perkongsian ilmu , pembentangan tafsir , penceritaan sirah nabi .. meronta-ronta dalam jiwa .. sungguh , aku sedang rindu ditarbiyyah..



Usrah .. apa itu usrah?
ini kefahaman aku .. maaf kalau silap ..
Usrah dalam bahasa arab maknanya keluarga ..ermm bg aku satu kumpulan yang sangat akrab, saling mengambil berat , berkongsi ilmu andd saling mengajak kepada kebaikan ..
mula-mula dengar pasal usrah . aku fikir .. ini mungkin untuk org yg family dia jauh jauh.. so usrah adalah tempat mereka dptkan kasih sayang ahli keluarga baru ..
rupanya Usrah jauh lebih indah ...dulu , selalu fikir ..usrah buat hari sabtu . susah kalau aku nak balik rumah family .. nnt tak boleh commit .. tp kalau nak tu seribu daya kann..

niat aku nk berusrah tu .. aku zahirkan dekat bayu .. dia kata nnt dia bincang dengan naqib dia yg baru je kahwin . mungkin isteri naqib mereka akan jadi naqibah kami( aku dan ika) .. lepas tu bayu kata kalau nak buka usrah baru kenalah ada ramai sikit . 5 orang ke.. kalau setakat 2 orang masuk je usrah yang dah sedia ada.. oleh tu , arif perkenalkan kakak dia yg juga naqibah usrah dkt ukm bangi .. tp bila hasrat aku n ika dapat dihidu housemate .. diorg kata , kalau sudi join la usrah mereka .. mungkin urusan nya akan lebih mudah .. aku n ika berfikir .. mana mana pun boleh .. asal kami boleh masuk ke dalam dunia usrah yang aku dengar sangat indah..

akhirnya , ketentuan Allah menetapkan aku dan ika join usrah dengan housemate dan naqibah kami , kak yanti .. sebelum ni pernah jumpa kak yanti tu sekali . masa buat bacaan doa dan solat hajat masa kitrg baru masuk rumah sewa.. lembut , cantik dan peribadi dia sgt baik ..

kali pertama kitrg usrah , buat kat rumah sewa kami ... sebab masa tu surau kolej ada program .. sesi taaruf dengan semua .. seronok walaupun majoritinya dah kenal .. usrah kami ada 8 orang termasuk kak yanti .. cume seorang je yg aku belum kenal masa tu . ain .. dia student kptm jugak .. tpi mungkin tak perasan .. jida pulak , pernah satu kumpulan dengan aku masa orientasi dulu.. so aku tak rasa janggal sangat ..

makin hari makin rasa indahnya berusrah .. nk rasa..kena join sendiri ..hihi..
makin positif ,
makin + solat jemaah ,
makin sayang ukhuwwah fillah ,
makin + baca quran ,
makin takut nak buat dosa ,
maki suka akan kebaikan ..

please try this for your life .. USRAH

Wednesday, May 16, 2012

senyum tak perlu kata apa apa :)(:

Assalamualaikum ..

wahh dah 3 bulan tak update apa2 .. rindu jugak nak berblog ni . tapi kekangan masa , tanggungjawab lain , and kadang2 takde idea nak tulis apa .. tp i'll try untuk berblog lagi ye . kita tgk mcm mana .. adakah akan berterusan atau terbiar lagi .. ? Allah lebih mengetahui..

sekarang aku tgh cuti sem , sem yang bakal tiba adalah semester 5... cepatnya kann? erm.. kadang2 tak sabar nak habiskan diploma , bila tgk kawan2 sekolah aku ramai yg dah habis belajar. tapi bila fikir balik .. taknak berpisah dengan kawan2 bangi .. :( ..

27 haribulan april haritu result untuk semester 4 keluar . syukur Alhamdulillah .. Allah beri aku senyuman pada hari itu , bukan sebab result aku je , tp most of my classmates pun dapat DL -13 0rg ,tahniah buat bayu . 4flat .. ini lah bukti , kesibukan berorganisasi dan berdakwah tak menghalang kejayaan kita , malah Allah bantu lagi kita . Allah SubhanAllah ..tahniah jugak buat
bote, khai ,abe , adam , fred, danny , eka , erny , adda, ummul , aina yang dapat DL semuanya .. buat yang lain.. tahniah jugakk..walau apa pun jangan pernah menyalahkan takdir ..anda semua tetap hebat .. yg pastinya ada hikmah sebaliknya . mungkin semester depan result kalian lebih gempak .. time tu kita semua tersenyum :D

tapi diingatkan . kejayaan juga adalah ujian ..jangan sampai timbul riak , jangan sampai rasa terlalu selesa.. semua ini anugerah dari Allah , ayuh ucapkan syukur Alhamdulillah .. :D


Sunday, February 12, 2012

bantu aku Ya Allah

Assalamualaikum..

tidak mudah menjadi seorang aku .. tapi aku bersyukur kepada Allah sebab bagi aku nikmat didalam ujianNya .. aku diuji dengan kesusahan, kesedihan, kegembiraan , kemenangan . semua dalam bentuk ujian yang nikmat ..

tugas pertama yang aku galas sebagai pengarah program.. paling penting , program bukan hanya berbentuk duniawi . maknanya tanggungjawab aku lebih berat dari biasa.. aku sedar terlalu banyak kelemahan program ini .. dari awalnya .. pelbagai kesilapan kami tonjolkan.. mungkin semua ni bermula dari diri aku sendiri .. ye la , kuat atau lemah suatu program itu bermula dari pucuk pimpinannya .. rasa tak layak sangat untuk aku galas program sebesar ini.. antara program terbesar untuk kolej aku semester ini .. :'( .. aku malu dengan pencapaian ni .. apa pun seinfiniti tahniah n terima kasih buat sahabat sahabiah .. adik2 insaniah . yang turut sama berpenat lelah memastikan program ni berjaya..
paling utama sahabat2 terdekat .. bayu , nani , pika , arif , asyhraf, ika , dandan , mekja .. yaAllah .. tak tersebut rasanya .. terima kasih and berjuta maaf untuk kalian .. kalau boleh aku luah kan apa yang sedang aku rasakan .. pastinya air mata yang tiada hentinya yang kalian lihat..
bukan aku lari atau tak sanggup dengan tanggungjawab.. tapi aku rasa sgt tak layak.. aku tak sehebat kalian..

yaAllah , semoga kau pelihara niat ku , jgn la kau pesongkan niat ku , berjuang hanya untuk Mu !

satu perkataan buat semua .. MAAF sahabatku, keluargaku .. biar semua orang persalah apa yang aku lakukan .. mungkin mereka salah faham , tidak menjadi aku .. biar aku yang rasa.. biar bagi mereka yang salah itu aku ... aku tak kisah.. tiada serangan balik ..haha .. :)

satu doaku .. mohon Allah perkuatkan semangat , tambahkan redhaMu , ikhlas ku ..

:D

Thursday, January 26, 2012

pisssss (-.-)v

Assalamualaikum. senyum sikit.. :)))

hari ni dapat paper test 1 untuk subject PR.. sedih :( tapi aku terima kenyataan . yang ini silap aku .. aku tak prepare awal , aku da tau minggu tu akan jadi minggu sibuk , minggu pasang poster, minggu kuiz , test dgn tanggungjawab kelab, macam2 tapi aku belum cukup pandai nak bahagikan masa.. result tak la sampai fail .. tapi aku kecewa. aku taknak salahkan aktiviti aku .. aku sendiri dah berjanji ngan diri aku .. walau sebanyak mana pun tanggungjawab aku .. study no 1.. tu tujuan aku dtg KPTM.. tapi mungkin masih dalam tempoh 'shock'. tetiba banyak benda nak buat dalam satu masa , balik rumah ada program family lagi.. tapi aku tau .. lambat laun mesti aku boleh handle, class, assignment , kuiz insaniah,usrah ,mpp,friendship dan family. aku taknak satu pun tercicir.. inshaAllah .. u can do it ekin.. Allah bg kuasa luar biasa untuk aku .. sebab kalau tak .. tak mungkin aku berada dalam situasi sekarang , diberi kepercayaan, tanggungjawab sebegini.. Allah maha mengetahui, apa yang Dia rancang tu perancangan yang terbaik..

sekarang aku cuma perlu lakukan dan berkorban sikit masa bermain untuk pikul tanggungjawab aku sebaiknya.. yaAllah jangan la kau pesongkan matlamat sebenarku .. jadikan lah landasan perjalananku perjalanan yang diredhaiMu.. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

eh .. pasal cinta ..cuit sikit boleh.. wondering kenapa dengan tiba-tiba sekeliling aku tgh hangat isu bercinta ..apakah .. ? haih .. aku bukan taknak semua tu .. tapi takut diri sendiri tak boleh kawal . ok aku sedang kawan dgn beberapa orang .. tapi macam bukan antara mereka tuan punya tulang rusuk yang aku guna sekarang . eh tapi tak tahu lah kan . Allah Maha Berkuasa..ini semua kerja Dia. hehe .. Aku cume doa , sedikit usaha dan tunggu .. inshaAllah .. aku ingat pesan arif dulu-dulu . Lahir je kita kat dunia dah tertulis siapa jodoh kita.. kalau tak sempat jumpa kat dunia inshaAllah kat akhirat nnt mesti ada.. mintak2 jodoh aku nnt sbg peneman di syurga bukan lah sebaliknya. nauzubillah .. :')

jiwa aku tgh celaru sekarang .. okay aku tahu semua orang dilanda masalah . semua orang try untuk selindung .. selagi boleh tutup kita tutup ok !.. ahaha.. kadang2 aku rasa aku ini bukan antara mereka , maksud aku sahabat2 muslimah aku.. aku tak semulia mereka.. hati aku ni ada saja penyakitnya , ada saja kotorannya .. sendiri nasihat sendiri memberontak . pantang orang buat tak elok sikit kat aku .. ada je aku nak merungut . ini bukan sifat yang islam tuntut ekin.. sedarlah. ;'(

Aku cuba nak jadi perempuan terbaik , macam srikandi2 islam zaman nabi n sahabat.. ish ... jauh sekali .. penyakit hati , akidah , akhlak .. banyak yang perlu aku perbaiki. biar orang luar nampak aku jahat, teruk tapi aku minta jangan lah aku dipandang hina oleh Allah .. ;'( ego aku terlalu tinggi ...tiada siapa yang salah .. aku tak pandai kawal diri,emosi .. itu silap aku ..

banyak ni nak tulis . tapi eh . banyak jugak nak kena tapis ni .. ehehe..


i love you cause of Allah <3

Tuesday, January 24, 2012

semangat baru orang lama !

Assalamualaikum .

hi !
aku da macam org tak tau berblog.. dan mungkin tak banyak masa.. erm.. dulu ini la tempat aku meluah rasa, berkongsi cerita , gelak ketawa, nangis berduka.. eceh berpantun pulak .. tapi seriously , rindu zaman dulu.
rindu zaman semester awal2.. :'(

orang yang terdekat ngan aku mesti tau apa yang aku rindu sebenarnya..sekarang ni aku sedar aku banyak masalah hati , masalah fikiran ..

"yaAllah ampuni dosa- dosaku yaAllah, jauhkan aku dr sifat-sifat mazmumah,hasat dengki, riak dan sebaris dengannya,lindungi aku dari seksa api nerakaMu ya Allah yaRabb" 


aku terkepit dalam bumi luas ciptaan Allah ni .. kadang-kadang aku terlalai atas kenikmatan yang Allah bagi .sendiri menangis atas kealpaan.. tak layak rasanya terima pujian orang sekeliling .. ya Allah , kuatkan aku :'(

Dugaan yang Allah bagi ni mmg satu petanda bahawa Dia sayangkan aku .. terima kasih yaAllah, kau masih beri aku peluang ..

sekarang waktu aku untuk simpan semua yang berlaku .. selagi termampu aku simpan .. kalau tak termampu barulah aku cari orang2 yang aku percaya.. terima kasih sadiqi.. :'(
sebab aku tau , aku tak terlalu kuat nak simpan semua masalah aku .. penyakit aku skrg ni mendesak aku untuk tak terlalu stress.. tapi ini yang aku lalui setiap hari .. pasal penyakit. aku sedang berusaha mengubati nya .. ;'(
siapa yang nak ??? Allah bagi ini sebagai hadiah tanda ingatan Dia pada aku .. terima kasih ya Allah, cintaku ..

malu rasanya mengaku sebegitu sedangkan aku tak melakukan yang setanding dgn apa yang aku luah kan..tapi aku janji aku berusaha ke arahnya .. buat masa ni.. cinta ku hanya la untuk Allah dan rasulNya..
"Ya Allah bimbinglah aku , beri aku petunjuk yaAllah, luruskan jalanku menuju kearah keredhaanMu"

aku nak cuba jadi anak terbaik, sahabat terbaik .. !!

takde apa lagi dah kot . :'(
*wipe the tears


Assalamualaikum...

Friday, January 20, 2012

tanggungjawab itu amanah

Assalamualaikum.. senyum sikit ;)

wah-wah rumah sewa sy da ada unifi ! hehe.. boleh la update selalu.. ecehh..

minggu yang sangat sibuk ..

start  dari isnin smp la ke hari ni.. jumaat..

Isnin sibuk preparation for birthday celebration..happy birthday miss Aida n Bayu..
kami buat jamuan dalam kelas FINANCE.. fuyooo .. hehhe... lepas buat kuiz cash budget.. terus buat celebration...happy birthday both of you !! uhibbukum fillah abadan abada.. sy cuma dapat doakan yang terbaikk dalam hidup kalian berdua ..

 sannah helwah 

Selasa test Public Relation .. lack of preparation ,,its my mistake.. tapi ok lahh ..kot .. tunggu je la result .. harus ada banyak kesedaran ni.. chapter 1- 4 sepatutnya tak sesusah mana.. rabu pulak sibuk dengan test FINANCE .. test yang takkan pernah aku lupa.. malam , amik test kat kafe sbb aircond kat class tak function .. then tetiba blackout .. terbaik .. haha.. but after test ingat nk join celebrate birthday ainaa.. suddenly kepala terasa sakit yang amat sngt .... tak tahu punca.. pegi clinic.. doctor state that as stress .. mungkin minggu yg tak cukup rehat .. kelas , petang habis class sibuk dgn pasang poster pilihanraya , malam pulak meeting , siapkan proposal, minutes, assignment , tutorial .. everyday tdo pukul 3..and khamis kemuncak nya .. hari pilihanraya..



alhamdulillah . aku menang untuk jawatan setiausaha dengan undian sbyk 996 mengalahkan calon setiausaha lain dgn majoriti 100+.. sejurus nama aku disebut sebagai pemenang majoriti .. terasa berat bahu menggalas tanggungjawab.. yang diamanahkan .. yang bakal dipersoal kelak .. yaAllah aku memohon keredhaanMu dlm setiap apa yang aku lakukan.. inshaAllah  aku dan rakan2 seperjuangan akan berjuang keranaMu ya Allah..

wpun pada mulanya , aku sendiri meragui kredibiliti diri aku ,, tapi. aku berpegang pada ayat alquran surah al-Imran ayat 54.. "  مَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ  "

Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 



family insaniah





sahabat terhebat


seinfiniti terima kasih buat semua yang menyokong, doa mak abah , abg2, keluarga, kawan baik , housemate, classmate, keluarga insaniah, keluarga usrah , lecturers and etc.. inshaAllah anda la penguat semangat aku dan yang lain2..uhibukum lillahi taala.. 

terima kasih Allah... 
keputusan pilihanraya kolej (PRK) kptmbg 2012