Saturday, June 4, 2011

sabar itu indah.


assalamualaikum...

dah lama tak update kan..? hehe terima kasih kerana sabar menunggu entry terbaru.. haha..:D
saya suka orang yang sabar nihh.. haha

okay, start cerita pasal sabar..baru- baru ni aku sendiri rasa aku dah ditipu oleh seorang makhluk ciptaan Allah yg Esa.. sepatutnya 'perjanjian itu' harus dilunaskan beberapa hari lepas.. aku tunggu and terus tunggu .. tapi takde jugak..mula2 rasa nk marah jugak tapi fikir2 balik.. takpe lahh mesti ade 'sesuatu' yang Allah tuliskan untuk aku.. aku redha je.. moga ade sesuatu yang lebih baik dari Allah untuk aku..kannn:D

harini handphone eka hilang kena curi time dia tgh try kasut kat Jusco..dia sedih sbb dlm phone tu ade gambar arwah atuk dia yang dia amik beberapa minit sebelum atuk dia meninggal.. aku harap eka pun boleh bersabar..

Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

apa-apa pun if kita ditimpa masalah apa kata kita try this; :)

Doa Ketika Ditimpa Musibah

1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah

Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha

“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~

2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.

“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.





No comments: