Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum
..
Sebelum
kita mula entri kali ni .. Jom kita istighfar dan selawat
Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim..
Astaghfirullahal’Azim
..
Allahumma
solli ‘ala sayyidina Muhammadinni Nabiyyil Ummiyi Wa’ala alihi Wasohbihi
wasalim …
Malam-malam
hujan macam ni .. memang seronok duduk dalam bilik ..
Nak pulak
dah selesai isyak.. hmmpph.. Memang syok kalau dapat tido awal kan .. hehe ..
macam ni lah student IPT kalau cuti .. Tidoo aktiviti yang paling banyak dilakukan
sepanjang 24 jam..hehe.
Haa.. Tapi
sekarang ni tengah hujan kan [Banting 2045 04112012].. Jom kita tadah tangan
Allahuma Soyyiban Nafi’anYa Allah , Turunkanlah Hujan yang bermanfaat
Aaamiiinn
ya rabb .. =)
Malam ni nak
update sikit pasal hijrah ..
Kebetulan
siang tadi tengok talkshow Assalamualaikum kat TvAlhijrah.. Slot yang terakhir
pagi tadi ialah Slot : Hijrahku .. tetamu jemputan dia , penyanyi remaja bersuara unik .. Shila Amzah .. aku
pun suka jugak suara dia .. hehehe
Alhamdulillah
.. Shila ada kongsi pengalaman hijrah dia .. Antara sikit nasihat atau pesanan
dia kepada orang diluar . “kalau dalam hati kita dah terdetik nak berubah kearah
kebaikan, jangan kita tangguh-tangguh , sebab mungkin ada sesuatu yang buruk
akan dtg’ .. itu pesan Shila, berkaitan dengan pengalaman yang dia sendiri
hadapi..
Syukur Alhamdulillah .. seorang lagi selebriti Malaysia sudah kembali kepada
fitrah ( sebelum ni Diana Amir , Farah Ashikin , Raja Farah , Natasha Hudson , Irma Hasmi , Norynn Aziz andd ramai lagi ).. walaupun mungkin segelintir daripada kita sibuk mengomel tentang
selebriti2 atau sahabat2 kita yang
berhijrah ni sebab trend la , bertudung kerana fesyen la tapi bg aku , kita
sekurang-kurang menghormati niat diorang yang ada keinginan kepada kebaikan..
Cara manusia berubah mungkin lain-lain, kita hormat cara dan pendapat mereka.. Kan
lebih baik berbaik sangka.
kalau benar
ada yang mereka lakukan itu benar-benar terpesong dari akidah , kita tegur atau sampaikan apa yang
benar tu dengan cara yang betul .. [ cari dan fikir cara terbaik ].. dan
mungkin cara yang berkesan , Doakan kebaikan mereka ..Power of Du’a kann .. J
Eh.. eh .. tetiba pulak .. hehhehe
pictures credited to Insaniah Photography |
pictures credited to Insaniah Photography |
pictures credited to Insaniah Photography |
notakaki : semua diatas adalah pendapat peribadi saya .. jika ada salah silap .. harap maaf , dan sama2 la berkongsi ilmu . tegur jika saya salah ..=)
No comments:
Post a Comment