Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha
Penyayang
Assalamualaikum ..
Ewahh ..Ekin update blog lagi .. hihi ..Alhamdulillah
cuti semester ni , Allah beri peluang dan masa yang banyak untuk aku buat
banyak perkara yang jarang mampu aku lakukan bila kuliah dah mula ..
Contohnya , Alhamdulillah dah selesai baca novel
islami, Cinta High Class karangan Dr Farhan Hadi dan isteri , Ustazah Fatimah
Syarha.. seorang penulis dan pendakwah yang sangat aku kagumi kerana Allah ..
Alhamdulillah pernah beberapa kali bersua muka dengan Ustazah dan sekali dengan
Dr. Farhan .. SubhanAllah .. Ustazah Fatimah seorang yang sangat lemah lembut ,
dan langsung tak sombong .. melayani kami ( aku & rakan2) yang sibuk sangat
nak bergambar sewaktu beliau sedang makan .. tutur katanya tersusun , suaranya
lembut tapi penyampaiannya sampai ke hati .
Eh , cerita pasal Ustazah Fatimah Syarha pulak ..
Back to the story .. selain dapat habiskan bacaan2
buku .. [ jap..jap .. entri lepas Ekin ni cakap dia tak suke membaca kan ..
ehem3 .. sebenarnya aku sudah mulai mncintai buku sejak beberapa bulan yang
lepas.. tp baru berjinak dengan bacaan yang ringan.. ^_^ .. AlQuran paling
favourite ]. Okay menyimpang lagi ..hehe .. okay , selain membaca ..
aku dapat jugak melaksanakan hobi dulu , kini dan selamanya ku .. iaitu …
memasak .. yeayy .. Alhamdulillah …
Memasak
pun boleh jadi satu ibadah jugak, contohnya .. tolong ringankan tugas mak ,
khidmat sesame manusia.. Mak, Abah,abang, kakak ipar , anak buah boleh makan makanan
yang kita masak untuk jadi tenaga , supaya mereka pulak boleh beribadat.. Kalau
ikhlas kerana Allah , inshaAllah jadi pahala kan .. J Kalau yang jauh2 ngan family tu , tak dapat masak untuk family , masak
untuk roommate, housemate pun boleh .. tak kisah sesimple mana pun masakan anda
, kalau ikhlas kerana Allah .. mereka mesti suka dan Allah pun suka… =)
Power of Du’a
Alhamdulillah, thanks to Allah ..
Sebelum bermulanya cuti semester haritu .. aku dan sahabat2 yang lain telah
selesai menjalani final exam untuk semester
5.. untuk semester ini , cume 4 course sahaja yang masuk final .. satu
lagi subject 100% assessment in a class
..
Seperti musim-musim exam yang lepas , aku mesti tak terlepas diuji Allah dengan ujian2
yang hebat.. Alhamdulillah kesemuanya kulalui dengan izin Allah .. Dugaan untuk
semester ini berbeza dari semester-semester yang lepas .. tapi sekali lagi
syukur .. Alhamdulillah , dengan izin Allah juga,Doa-doa dari Mak , Abah , family , Sahabat n Pensyarah.. semuanya berlalu dengan tenang
..
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya [ QS .AlBaqarah:286 ]
Aku terima ujian-ujian Allah ini , kerana aku yakin
pasti ada sesuatu yang lebih hebat Allah aturkan buat aku.. diwaktu tiada lagi
daya .. aku Cuma mampu berdoa , mengadu pada Allah .. kerana Dia Maha Mendengar
… Yakin itu ..
Percayalah doa itu benar-benar senjata orang islam ..
aku menjawab kertas terakhir final hari tu dengan sangat lancar .. siapa sangka
.. minggu yang penuh air mata tu , berakhir dengan sesuatu yang langsung tidak
membebani aku masa aku menjawab kertas tu .. Aku tak berani cakap banyak2 sebab
result pun tak keluar lagi .. tapi apa yang aku cube tekankan ialah .. Kuasa
Doa itu.. membuatkan aku merasakan Allah mmg benar-benar sedang membantuku ..
Allahu Mustaan .
Aku mungkin tak tahu nak ekpresikan rasa tu dalam
bait-bait tulisan ni .. tapi yakin lah ..
Berdoalah ..
Allah lebih suka kepada orang yang meminta, merayu dan
bersandar hanya kepadaNya, daripada orang yang sombong ( tidak berdoa
kepadaNya) .
Berdoalah dengan sesungguhnya, dengan rasa yakin
setiap permintaanmu akan ditunaikan oleh Allah.Jangan meragui Allah swt.
No comments:
Post a Comment