Thursday, May 31, 2012

Tuhan , beri aku cinta



Assalamualaikum..

sebenarnya ini adalah minggu terakhir cuti sebelum aku dan yang lain2 naik ke semester 5 , tapi atas amanah n tanggungjawab ..aku dah pun berada kat bangi ni .. aku dan beberapa kawan lain terpilih untuk jadi fasilitator kolej untuk program orientasi pelajar baru sesi Julai 2012.. huuuhh..

waktu2 ni , Allah uji aku dgn nikmatNya, keadaan kesihatan yang kurang baik .. tapi aku kna jugak gagahi smp habis tempoh orientasi ni.. berdoa dan terus berdoa diberi kekuatan untuk teruskan semua ni.. dan moga Allah pelihara niat aku n kawan2..

Terpukul dengan kata-kata sorang sahabat yang baru aku kenal dlm orientasi ni .. " bukan saya taknak jadi orang baik kak , tapi saya takut jadi macam kawan saya tu, pakai dia elok dah .. tutup semua, tapi dia tak jaga attitude, tak jaga lidah .. sama jugak " .. bergegar hati aku dengar .. bukan marah kan dia .. aku akui apa yang dia rasa tu rasa yang sebenar dari hati dia .. dalam aku menerangkan pada dia tujuan tutup aurat sbenar.. hati aku pun berkata2 ... Allah SubhanAllah .. takut kalau aku jugak seperti tu .. malah mungkin lebih dari sahabat kpd temanku .. berubah itu mungkin payah, tapi istiqomah itu lebih payah .. cepat2 aku istighfar dalam hati .. :'(


SubhanAllah , Alhamdulillah , LaailahailAllah , AllahuAkbar

No comments: