Monday, December 24, 2012

Adobe After Effects ?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang

Allahumma solli ala Muhammad , Ya Rabbi salli alaihi wassalim


Semalam tak nampak matahari pun. sebab duduk rumah tak keluar-keluar . huhu Bukan selalu dapat peluang duduk rumah Mak di hari Isnin yang selalunya bluess.. ^_^. Cuti-cuti ni aku amik kesempatan untuk luangkan masa dengan anak-anak buahku. Selalunya aku balik weekend . Mereka pun weekend la baru dapat berjalan-jalan ngan mama papa mereka . Alhamdulillah cuti kali dapat jumpa semua anak- anak buah dari Diya sampai la Jannah . Alhamdulillah .. merasai nikmat bahagia berkeluarga . thank You Allah .

gambar curi-curi untuk mengekalkan keikhlasan beliau ..hehe

Selain melayan dan membuli mereka . Aku pun mencari lah kerja-kerja yang boleh mendatang manfaat suatu hari nanti .. hik3 . lepas siapkan proposal academic visit untuk subject TPT .. tetiba terbuka folder tutorial adobe after effect .. Aku pun cuba-cuba lah ikut2 tutorial tu .. mana tau satu hari nanti nak kena buat montaj ke untuk kelab ke untuk apa-apa .. kalau ada kemahiran kan mudah .. orang kata ..Manfaat untuk orang lain.. hehe 

Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (al-Qudha’i)

rupa-rupanya . tak lah semudah mana nak buat montaj  gunakan after effects.kalau kita betul-betul xde basic. agak stress jugak la . hehehe Tapi kalau dengan usaha yang bersungguh-sungguh takde yang mustahil kan..macam ada dalam satu hadis ni 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)
sebenarnya tak siap habis pun montaj yang aku cuba buat tu .. sebab ada beberapa tugas yang kena aku buat semalam. Tapi aku berazam nk jugak siapkan montaj tu..Doakan ye kawan-kawan .. rasa-rasanya kena duk depan laptop ni seharian kot baru boleh cekap sikit . hehe . kalau ada sesiapa yang hebat dalam AE ni boleh la ajar-ajar eh . InshaAllah kalau siap project AE aku. bolehlah share kat blog ni .. ^_^

ni antara hasil awal angan-angan ku . heheh

#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip

1 comment:

eimuizduaf said...

Nice sharing kak ^^ . Entri semua menarik :D . Hehehe . Umie tau guna PS jee AE sepupu pernah ajar tapi tak praktik kan -_-" . Rajen punye pasai . Hihihii :D