Sunday, December 23, 2012

Bertaqwa kah kita ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang ..

Selawat dan salam buat kekasih , Nabi Muhammad S.A.W

Pagi ini, Selepas subuh..Aku ambil kesempatan masa terluang dengan cari kerja-kerja rumah yang boleh aku bantu, selain menyelamatkan diri dari tidur semula lepas subuh .. Akhirnya aku ambil keputusan untuk lipat baju sambil tengok tv. Dua dalam satu .. kih3 .. kita kena pandai menguruskan masa.. ececeh .bak kata Imam Hasan Al Banna

“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”
Pagi-pagi morning ni, channel paling bermanfaat mesti channel oasis,alhijrah .. tapi aku dah jatuh hati dengan Tv Alhijrah . so pilihlah 114.. Program yang tgh disiarkan ialah program Madrasah AlQuran .Harini mereka taddabur surah An-Naba' Ayat 31-40.. Surah pertama dalam Juzu' Amma ( fuhh teringat kem Tahsin) huhu ..

antaranya ;
“Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertaqwa itu mafaazaa.”(Q.S. An-Nabaa: 31)
mafaazaa yang membawa maksud menang atau kemenangan .. okay aku takdelah hebat sangat untuk membicarakan tafsir-tafsir quran . cuma nak kongsi pengisian program pagi tadi . untuk anda yang membaca dan jugak untuk aku, mungkin untuk refresh suatu hari nanti .



Taqwa




Murobbi bertanya pada syabab yang menjadi panel dlm prog tu .
Apa itu Taqwa ?
Jawab seorang daripada mereka. orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya ..
sungguh itu la definisi sebenar taqwa.. Murobbi tersebut turut menyampaikan bahawa ayat2 ini menceritakan tentang nikmat balasan baik kepada orang yang bertaqwa .. Allahurobbi .. Indahnya SyurgaMu ..
Mampukah aku menjadi sebahagian dari mereka yang memperoleh nikmat balasan baik dari Allah . T.T Semoga Allah memasukkan aku kedalam golongan yang bertaqwa . Aamiinn yaAllah .

Murobbi menerangkan lagi orang yang bertaqwa adalah , orang yang melakukan kebaikan secara terang-terangan dan secara sembunyi-sembunyi .. maknanya didepan orang pun dia buat baik , belakang orang pun dia buat baik . bukan cuma mentaati perintah Allah masa kat depan orang je.. bila xde orang kita tak buat baik , malah mlakukan kemungkaran. kalau macam tu mengejar pandangan manusia namanya , bukan redha Allah .

Murobbi tu menambah lagi . antara nikmat-nikmat syurga nanti adalah kebun2 anggur dan gadis-gadis perawan. Nikmat yang tidak boleh dibayangkan akal fikiran . Kalau masih boleh dibayangkan maknanya belum sampai nikmat syurga.SubhanAllah . hebatnya Allah . :").. dalam surah al-Insan pun ada bagi tahu yang terdapat juga teruna-teruna yang tampan di syurga nnt untuk wanita-wanita yang bertaqwa..bukan lelaki je dapat bidadari , perempuan pun dapat bidadara . hik2 ..

Hebatnya syurga milik Allah kan .. Jom kita perbaiki amalan dan perbuatan kita, mudah-mudahan anda dan saya dipilih Allah untuk menjadi ahli syurga ..Aaamiiiin ..


#Semoga post ini bermanfaat buat anda yang membaca dan saya yang menaip
  Maaf kalau ada silap dan salah. saya hanya hamba Allah yang banyak berbuat dosa

No comments: